Jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan enam pemain sebelum berlepas ke Amman, Jordan malam ini bagi aksi menentang Palestin pada Khamis depan.
Kim Swee terpaksa melakukan perubahan minit terakhir berikutan kecederaan beberapa tonggak utama, khasnya di bahagian pertahanan dan tengah bagi mengharungi perlawanan timbal balik menentang Palestin, selepas tewas 0-6 di Stadium Bukit Jalil Jun lepas.
Pemain yang digugurkan daripada skuad kebangsaan untuk perlawanan keenam kempen Kelayakan Piala 2018/Piala Asia 2019 ialah pemain pertahanan Terengganu Zubir Azmi dan Pahang Mohd Hafiz Kamal selain dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Gary Steven Robbat dan S. Kunanlan yang mengalami kecederaan.
"Manakala Baddrol Bakhtiar (Kedah) melangsungkan perkahwinan dan Mohammad Azamuddin Akil menyambut kelahiran anak. Bagi mengisi kekosongan berkenaan, Kim Swee telah memanggil enam pemain dari senarai menunggu sebelum ini ke dalam senarai terbaharu 23 pemain yang akan berlepas ke Jordan 11 malam ini.
"Mereka ialah Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor), Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda B), Redzuan Suhaidi (Pulau Pinang), Ronny Harun (Sarawak), Ahmad Fakri Saarani (Kelantan) dan Fazly Mazlan (JDT)," kata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini.
Baddrol, Azammuddin dan Kunanlan bersama-sama baki lima lagi pemain dari senarai menunggu iaitu Nurridzuan Abu Hassan (Perak), Badrul Hisham Morris (T-Team), Farhan Abu Bakar (Harimau Muda B) dan Nazrin Nawi dan Mahali Jasuli (JDT) bagaimanapun diminta bersedia untuk dipanggil semula ke skuad kebangsaan selepas tiba dari Jordan pada Jumaat depan.
Sementara itu, penyerang Mohd Safee Sali yang digantung satu perlawanan kerana menggutip dua kad kuning turut diminta untuk melaporkan diri kem latihan skuad kebangsaan pada Jumaat depan.
"Ia sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan menggantikan mana-mana pemain yang cedera atau digantung perlawanan selepas aksi bertemu Palestin kerana skuad kebangsaan selepas ini akan berdepan pula Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk perlawanan ketujuh kempen kelayakan," menerut kenyataan itu.
Aksi menentang Palestin yang dijadualkan berlangsung di Stadium Dura, Hebron di Palestin telah dipindah ke Stadium King Hussein Sports City, Jordan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerima rayuan FAM untuk memindahkan venue perlawanan berikutan keadaan keselamatan yang tidak menentu di Tebing Barat negara itu.
Skuad Harimau Malaya akan menghadapi ujian getir menentang UAE pada 17 Nov di Stadium Shah Alam, selepas mencatatkan kekalahan 0-10 di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi pada aksi pertama awal September.
Senarai 23 pemain:
------------------
Ahmad Hazwan Bakri, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Christie Jayaseelan, Shahrul Saad, Adam Sor Azlin, Nazirul Naim Che Hashim, Syahrul Azwari Ibrahim, Ismail Faruqi Ashari, Redzuan Suhaidi, Ronny Harun, Khairul Fahmi Che Mat, Amirizdwan Taj Tajuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Ahmad Fakri Saarani, Khairulazhan Khalid, Razman Roslan, Matthew Davies, Izham Tarmizi Roslan, S. Chanthuru, Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Fazly Mazlan.
Astro Arena
Fri Nov 06 2015
Kim Swee terpaksa melakukan perubahan minit terakhir berikutan kecederaan beberapa tonggak utama. - Gambar Fail
Kurulus Osman: Drama promosi budaya, sejarah, keunikan Turkiye kepada dunia
Zaman kian berubah dan kini, industri hiburan merupakan antara langkah efektif dalam memperkenalkan budaya, keistimewaan, keunikan sesebuah negara kepada dunia.
Laman Persona Kluang saksi mural gergasi ikonik adiwira
Laman Persona di Kluang, Johor meriah hujung minggu ini apabila penduduk setempat membanjiri lokasi itu bagi sama-sama menyaksikan pelancaran mural Keluang Man.
Empat pengebom dibunuh sebelum sempat laksana misi di barat laut Pakistan
Kejadian berlaku di daerah Mohmand apabila sekumpulan empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan.
KSN dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat sempena Keputeraan Agong
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 116 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 hari ini. Beliau dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.
PM Anwar, Prabowo tekad tingkat hubungan serumpun dua hala
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto hari ini bertekad untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala antara kedua-dua negara.
Agong terima menghadap Prabowo, pertemuan dua sahabat lama
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, yang juga sahabat lama Seri Paduka Baginda, di Istana Negara pada Sabtu.
Taufan Yagi ragut 4 nyawa, cederakan 78 orang di utara Vietnam
Taufan Yagi mendarat di utara Vietnam pada petang Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 78 yang lain, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negara itu.
Taufan Yagi ragut empat nyawa, cederakan 78 orang di utara Vietnam
Mangsa korban termasuk tiga dari wilayah pantai Quang Ninh dan satu dari wilayah utara Hai Duong.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 September 2024.
Inisiatif GIST tajaan AS dijangka pacu syarikat pemula di Malaysia
Inisiatif Inovasi Global menerusi Sains dan Teknologi (GIST) yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka memacu landskap syarikat pemula di Malaysia dengan memperkasakan saintis, penyelidik, dan usahawan peringkat awal di negara ini.
Desas-desus pemain KDA FC boikot latihan semakin kuat
Desas-desus mengenai pemain pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memboikot sesi latihan susulan masalah pembayaran gaji semakin kuat, selepas perkara tersebut semakin tular di laman sosial.
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final, tundukkan Filipina 2-1
Kejayaan itu membolehkan Malaysia meneruskan misi mendakap kejuaraan Pestabola Merdeka apabila dijadual bertemu Lubnan di pentas final Ahad ini di venue sama.
RM15 juta diperuntuk jadikan Harimau Malaya gergasi bola sepak Asia
Langkah itu bagi memastikan Harimau Malaya dapat menjamin kebajikan pemainnya serta menggajikan barisan pengurus dan jurulatih terbaik.
FIFA tangguh lagi permintaan Palestin gantung Israel
FIFA menangguhkan sekali lagi keputusan terhadap cadangan Palestin supaya Israel digantung daripada sukan bola sepak antarabangsa.
KBS lakukan reformasi pentadbiran sukan tahun hadapan, mahu libatkan bekas atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melakukan reformasi pentadbiran sukan melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) bermula tahun depan.
Persatuan sukan: Tiada anggota Kabinet, buka ruang individu sepenuh masa
Keputusan Kabinet tidak membenarkan menteri atau timbalan menteri bertanding dalam persatuan sukan membuka lebih ruang kepada individu yang dapat memberikan sepenuh tumpuan dan komitmen.
Skuad Palestin anggap Malaysia 'rumah kedua'
Mohammed Bassim berkata beliau sendiri menyaksikan rata-rata peminat bola sepak negara ini memberi sokongan besar dan solidariti kepada Palestin.
SUKMA 2024: 'Ibu segala pingat' milik Wilayah Persekutuan
'Ibu segala pingat' menjadi milik Wilayah Persekutuan selepas menewaskan Melaka 2-1 pada aksi final acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Mukah hari ini.
Penyusuan badan digalakkan bagi manfaat ibu dan bayi - Pakar
Golongan ibu disarankan memberi susu badan kepada bayi memandangkan kaedah itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya.
Liga Super: Rembatan Harith Haiqal julang Selangor FC di Likas
Kedua-dua pasukan bermula agak perlahan dengan tiada serangan berbahaya yang dihadapi kedua-dua penjaga gol.