Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya terus menjaga kebajikan pemain skuad negara bawah 16 (B-16) memandangkan mereka merupakan aset penting untuk negara pada masa depan.
Beliau berkata kejayaan skuad kendalian S. Balachandran itu yang mencipta sejarah mara suku akhir Kejohanan AFC B-16 di Thailand pada Rabu menunjukkan mutu sukan bola sepak negara semakin positif walaupun Malaysia bukanlah kuasa utama dalam bola sepak.
"Saya berharap skuad B-16 negara mampu mengekalkan prestasi mereka dan FAM perlu membantu pasukan tersebut dengan memberi pendedahan yang sewajarnya kepada pemain muda kita yang dilihat cukup berpotensi untuk masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke temasya Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan bermula 19 Sept ini, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Khairy turut mengingatkan semua pemain bola sepak tempatan tidak mengira sama ada junior mahupun senior supaya kekal fokus sepanjang masa dan tidak dilanda dengan sindrom 'cepat sejuk'.
Sementara itu di Petaling Jaya, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin optimis skuad B-16 negara mampu mengalahkan Australia walaupun mengakui pasukan lawan mempamerkan persembahan meyakinkan dengan muncul juara kumpulan B selepas mencatat rekod bersih dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Malaysia yang muncul naib juara kumpulan A dijadualkan menentang Australia pada aksi suku akhir di Stadium Muangthong, Bangkok, Ahad ini.
"Kita tahu pasukan senior dan junior Australia ini agak kuat dan kita berdoa supaya mereka dapat meraih kemenangan pada perlawanan itu," kata Hamidin ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan penajaan untuk Kejohanan Futsal AFF 2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini.
Skuad B-16 negara menempah slot ke suku akhir selepas mengalahkan Oman 2-1 pada aksi terakhir kumpulan A di Stadium Rajamangala di Bangkok pada Rabu.
Sebagai rekod, Malaysia layak ke kejohanan itu sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004 di Jepun dan 2008 di Uzbekistan namun gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.
Bernama
Thu Sep 11 2014

Skuad B-16 negara mampu mengekalkan prestasi mereka dan FAM perlu membantu pasukan tersebut dengan memberi pendedahan yang sewajarnya. - Foto Fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.