Ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari sedia memberi kerjasama penuh kepada polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima sogokan sebelum final Piala Malaysia 2017, awal bulan ini.
Khairul Helmi berkata beliau bersama enam rakannya daripada skuad Lang Merah bersedia pada bila-bila masa seandainya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa.
"Kami memang sudah bersedia kalau diminta untuk beri keterangan dan sentiasa akan beri kerjasama," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kasut bola baharu keluaran Adidas di Football Republic, Suria KLCC, pada Selasa.
Selain Khairul Helmi, turut terpalit dalam isu dikatakan menerima sogokan berkenaan ialah ketua jurulatih pasukan tersebut, Nidzam Adzha Yusoff dan pemain sayap, Muhd Syazwan Zainon.
Mereka dikatakan menerima sogokan RM200,000 setiap seorang sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sementara itu, jenama kasut bola terkemuka, Adidas pada Selasa melancarkan edisi Predator 18 yang merupakan rangkaian but bola sepak yang menghasilkan kejayaan besar buat Adidas sejak diperkenalkan pada 1994.
Pelancaran Predator 18 yang penuh gilang gemilang dirasmikan pemain ternama antaranya penjaga gol JDT, Izham Tarmizi, Afiq Fazail (pemain tengah JDT) dan Badri Radzi ataupun lebih dikenali sebagai Piya, pemain tengah Kelantan.
Sementara itu, ketua pemasaran Adidas Malaysia, David Wong menzahirkan penghormatan terhadap sejarah dicipta Predator serta Football Republic kerana menyediakan kedai barangan sukan lengkap kepada peminat.
"Adidas Predator adalah sebahagian besar daripada jenama dan bola sepak amnya kerana ia muncul ketika era 90-an. Banyak legenda bola sepak menggunakan kasut ini dalam karier mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017

Khairul Helmi berkata beliau bersama enam rakannya daripada skuad Lang Merah bersedia pada bila-bila masa. - YouTube

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.