Pelari pecut muda negara, Khairul Hafiz Jantan sekali lagi memperbaharui rekod kejohanan acara 200 meter Sukma apabila mencatat masa 21.03 saat pada final di Stadium Sarawak di sini, pagi ini.
Ini kali kedua dalam tempoh kira-kira 18 jam untuk atlet berusia 18 tahun dari Melaka itu memecahkan rekod berusia 14 tahun milik Raja Pecut Sukan SEA 2003, Nazmizan Mohammed dari Terengganu selepas mencatat 21.14s di separuh akhir petang semalam.
Rekod terdahulu Nazmizan ialah 21.33s yang dibuat pada Sukma 2002 di Sabah.
Sementara itu, peserta dari Selangor, Muhammad Aqil Yasmi mengejutkan pelari pilihan seperti Badrul Hisyam Abdul Manap dari Melaka dan wakil tuan rumah, Jonathan Nyepa untuk meraih perak dengan catatan 21.31s.
Jonathan pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas menamatkan larian dalam masa 21.34s, manakala Badrul Hisyam hanya sekadar mampu mendapat tempat keempat dengan catatan 21.56s.
Bernama
Fri Jul 29 2016

Khairul Hafiz Jantan (gambar) sekali lagi memperbaharui rekod kejohanan acara 200 meter Sukma apabila mencatat masa 21.03 saat pada final di Stadium Sarawak. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Impian Muhammad Azeem tambah emas tidak kesampaian
Muhammad Azeem melakukan pecutan awal sebelum dikejutkan dengan pecutan 10m terakhir atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat.

Tokyo 2020: Ulangi pencapaian Bolt, status ratu pecut kekal milik Thompson-Herah
Wakil Jamaica itu telah melakar rekod kebangsaan terbaru 21.53 saat di Tokyo, catatan kedua terpantas dalam sejarah acara tersebut.

Menghadap Agong: Pengamal media tidak dibenar berada dekat pintu 2 Istana Negara
Polis diarahkan pihak Istana Negara untuk membuat kawalan di kawasan berkenaan susulan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Khairul Hafiz idam emas berganda Sukan SEA
Selepas memecahkan rekod acara 100 dan 200 meter (m) kebangsaan, Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan seterusnya mengidam emas berganda dan rekod Sukan SEA pada Ogos ini.

Khairul Hafiz raih emas 200m, Muhammad Aqil lakar kejutan
Ini kali kedua dalam tempoh kira-kira 18 jam untuk atlet berusia 18 tahun dari Melaka itu memecahkan rekod berusia 14 tahun milik Raja Pecut Sukan SEA 2003, Nazmizan Mohammed.

Kejayaan Badrul Hisyam titik kebangkitan olahraga negara
Kejayaan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter milik Watson Nyambek, adalah titik kebangkitan olahraga negara.

Badrul Hisyam tawan 200m dengan rekod kejohanan
Atlet muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap muncul Raja Pecut Sekolah ASEAN apabila menjuarai acara 200 meter temasya sukan itu dengan memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri, di Brunei hari ini.