GALATASARAY 3 MANCHESTER UNITED 3
Sebahagian besar penyokong Manchester United pagi tadi mungkin sepakat untuk menuding jari ke arah penjaga gol kelab tersebut, Andre Onana, sebagai faktor yang menyebabkan mereka terpaksa berkongsi satu mata dengan Galatasaray selepas seri 3-3.
Keputusan itu, sekali gus, menyukarkan United untuk melayakkan diri ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menduduki tangga tercorot kumpulan A, satu mata di belakang Galatasaray.
Kelab gergasi Inggeris itu berkunjung ke Stadium Rams Global, Istanbul mendahului dan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Alejandro Garnacho.
Malah, The Red Devils berkedudukan lebih selesa apabila Bruno Fernandes melebarkan kedudukan tersebut menjadi 2-0 apabila meledakkan jaringan kedua pada minit ke-18.
Tuan rumah yang tersentak dengan dua gol tersebut bagaimanapun sedikit lega apabila jurang itu berjaya dirapatkan apabila sepakan percuma Hakim Ziyech tepat menerjah jaring Manchester United untuk kedudukan 2-1 sebelumkedua-dua pasukan ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua serangan agresif United diteruskan lagi dan membuahkan hasil apabila berjaya menemui gol ketiga, kali ini menerusi jaringan Scott Mctominay.
Nasib kurang baik United bermula apabila Galatasaray sekali lagi merapatkan jurang jaringan apabila Andre Onana melakukan kesilapan mudah yang menyaksikan bola sepakan percuma Hakim Ziyech bolos ke jaring pelawat.
Memasuki minit ke-71 giliran pemain tuan rumah Kerem Aktur Koglu melepaskan rembatan padu yang tepat merobek gawang United sekaligus mengikat kedudukan menjadi tiga sama.
Kedudukan tersebut kekal hingga wisel penamat ditiupkan.
Dengan keputusan itu Manchester United yang hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lima perlawanan dan perlu menewaskan juara Kumpulan A, Bayern Munich, dalam aksi terakhir pada
12 Disember ini.
Astro Arena
Thu Nov 30 2023

Onana (kiri) menolak bola sambil cuba dihalang pemain lawan Mauro Icardi ketika perlawanan Liga Juara-juara kumpulan A antara Galatasaray dan Manchester United di n Istanbul, Turki, 29 Nov 2023. (Foto AP)
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

Manchester United rancang bina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk
Firma seni bina yang berpangkalan di London, Fosters Partners dipilih untuk mengetuai projek tersebut.

Manchester United jimat cermat, lepaskan Alex Ferguson sebagai duta
Pemilik Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, mencadangkan kepada bekas pengurus, Sir Alex Ferguson, bahawa susulan status kewangan kelab itu bermakna khidmat Ferguson sebagai duta kelab tidak lagi di

Beberapa pemain tidak cukup bagus, terlebih bayar - Ratcliffe
Kelab itu telah berbelanja besar dalam beberapa musim kebelakangan ini dengan memancing pemain seperti Antony dan Jadon Sancho.

EPL: Arsenal sedia kibar bendera putih
The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.

Liga Europa: Manchester United diikat Real Sociedad
Perlawanan di Old Trafford menjadi medan penentuan pasukan paling layak pusingan seterusnya.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Noussair Mazraoui santuni komuniti muslim Manchester United di Old Trafford
"Jangan sesekali hilang kepercayaan dalam doa anda, melihat ibu-bapa anda begitu gembira adalah sesuatu yang membuatkan anda lebih bangga."

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.