Astro Awani
Mon Feb 03 2014

Kerajaan negeri Terengganu mengadakan mesyuarat khas dengan memanggil pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan T-Team bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden kekecohan aksi Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team.
Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Dan Sumber Manusia, Rozi Mamat berkata pada pertemuan itu pihaknya bersetuju mengambil pendekatan yang mampu meredakan suasana serta memberi kebaikan kepada semua pihak.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemain dan pegawai yang terbabit dalam insiden kekecohan aksi Piala FA berkenaan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut prosedur biasa sejurus menerima laporan walaupun kes itu dianggap berprofil tinggi.
Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang bakal diadakan Khamis depan akan membincangkan laporan daripada komisioner, pengadil, serta koordinator perlawanan kedua-dua pasukan
Pegawai dan pemain yang berjaya dibuktikan melanggar peraturan tatatertib pertandingan, akan dihadapkan kepada jawatankuasa tatatertib bagi tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Rozi turut mengesahkan penyerang import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo tampil membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 11.30 malam pada Ahad.
Pemain kelahiran Brazil berusia 33 tahun dan jurulatih kecergasan T-Team itu dikatakan dikasari pengurusan JDT pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu malam.
Mereka sebelum itu membatalkan hasrat untuk membuat laporan pada tengah hari semalam (Ahad) apabila menyedari kehadiran pihak media.
Perlawanan JDT dan The Titans di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin pada kelmarin terpaksa ditangguh selepas pasukan pelawat T-Team bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah enggan meneruskan perlawanan.
Ia berikutan dakwaan terdapat pemain dan pegawai T-Team dikasari dalam insiden di laluan terowong menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat tamat babak pertama.
Menurut Azraai,disebalik insiden itu barisan pemain menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan mengelak keadaan mnejadi bertambah buruk.
Sementara itu, Ketua Pengawai Esekutif T-Team Abdul Rasid Jusoh berharap peminat bolasepak menghentikan spekulasi dan menyerahkan isu berkenan ke pada FAM untuk tindakan lanjut.
Mengikut peraturan FAM, sesuatu perlawanan ulangan yang terpaksa diadakan akibat pembatalan atau ditangguhkan disambung baki tempoh permainan.
Bagi isu berkenaan, komisioner perlawanan Zainal Mukri akan merujuk kepada FAM samada perlawanan ulangan diadakan atau mengekalkan keputusan.
Pada perlawanan Sabtu lalu, JDT memperolehi dua gol menerusi penyerang import dari Argentina Luciano Figueroa pada mini ke 15 dan 20.
Manakala T-Team merapatkan jurang enam minit kemudian menerusi sepakan percuma kapten pasukan Marzuki Yusof sebelum perlawanan dihentikan sejurus tamat babak pertama.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kerajaan Terengganu adakan mesyuarat khas insiden JDT dan T-Team
Terengganu adakan mesyuarat khas dengan pengurusan PBSNT dan T-Team bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden kekecohan aksi Piala FA antara JDT dan T team.

Safee perlu buat pilihan terbaik untuk musim depan
Selepas sah tidak melanjutkan kontrak dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali kini bakal mencari cabaran baru untuk saingan Liga M musim depan.