Selepas sah tidak melanjutkan kontrak dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali kini bakal mencari cabaran baru untuk saingan Liga M musim depan.
Bekas kapten dan penyerang Pelita Jaya FC ini, kini dikaitkan dengan bekas pasukannya, Selangor untuk saingan musim depan dan pemain kelahiran Kajang ini mengakui menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) walaupun belum lagi mencapai kata sepakat terhadap tawaran tersebut.
"Saya terharu menerima tawaran Selangor tetapi masih belum membuat keputusan. Memang, terdapat juga kelab dan negeri lain yang turut membuat tawaran," kata Safee yang ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Bekas produk Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) ini memulakan karier bersama skuad warga kota pada musim 2001 hingga 2004.
Potensi Safee terus menyerlah apabila menyertai Sarawak pada musim 2005 dan 2006 apabila dia menjaringkan 46 gol dalam dua musim bersama skuad Bujang Senang.
Namun, kecederaan lutut ACL yang dialami pada hujung musim 2006 sedikit membataskan kelibat penyerang yang mempunyai corak permainan mirip pemain lagenda negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.
Ketika tiada pasukan berani mengambil risiko menandatangani Safee, FAS membuat perjudian untuk menyenaraikan pemain ini yang masih dalam proses pemulihan ketika itu.
Ia jelas perjudian berbaloi buat FAS, apabila Safee menjaringkan 36 gol dalam 105 penampilan bersama skuad Selangor dan kemuncak prestasinya ialah pada musim 2010, apabila turut muncul penjaring terbanyak di saingan Piala Suzuki AFF 2010 dan membantu skuad negara muncul juara buat kali pertama.
Aksi cemerlang bersama Harimau Malaya, membuka peluang buat Safee menerima tawaran kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC dan menjadi pemain profesional tempatan pertama, mengembangkan karier ke Indonesia pada 2011.
Sebaik berhijrah ke seberang, populariti Safee terus memuncak di Indonesia sama di dalam padang atau luar padang.
Dalam 42 penampilan di ISL, Safee meraih 27 gol bersama Pelita Jaya, satu rekod cemerlang walaupun tidak memenangi sebarang kejuaraan di Indonesia.
Ketika melanjutkan kontrak baru bersama Pelita Jaya pada 2012, Safee mengikat kontrak yang dianggarkan bernilai 30,000 dolar Amerika sebulan yang membolehkannya bergelar jutawan bola sepak tempatan pertama negara.
Apa pun, kemelut dalaman bola sepak Indonesia, memaksa Safee mencari haluan baru jika tidak mahu berdepan kemungkinan, dilarang beraksi bersama skuad kebangsaan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC.
Selepas mendapat nasihat AFC, Safee akhirnya membuat keputusan menyertai JDT untuk saingan musim ini yang membariskan pemain-pemain tempatan dan import terbaik.
Malangnya, prestasi Safee kurang menyinar bersama JDT apabila bekas pengendali kelab itu, Fandi Ahmad lebih kerap menggunakan Safee sebagai pemain simpanan pada awal musim ini.
Hanya selepas pemangku jurulatih, Azmi Mohamad mengambil alih di pertengahan musim, Safee kembali menjadi pilihan utama skuad JDT tetapi, kelab sensasi selatan tanah air ini gagal menyerlah dengan sekadar menduduki tempat ketiga Liga Super, naib juara Piala FA dan tersingkir di suku akhir Piala Malaysia.
Kini Safee, perlu memastikan penghijrahan seterusnya mampu melonjakkan kembali reputasinya selaku penggempur terbaik negara kerana dia bakal berusia 30 tahun musim depan.
Apa pun, ketika menghubungi Safee baru-baru ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Jalan Cochrane ini mengakui pada saya dia tidak kisah jika menyertai pasukan yang mungkin tidak mampu memberi tawaran lumayan seperti Pelita Jaya atau JDT kepadanya.
"Apa yang penting bagi saya adalah beraksi sebagai pemain utama, kembalikan tahap permainan tebaik saya dan membantu skuad kebangsaan merampas kembali Piala Suzuki AFF," kata Safee kepada saya baru-baru ini.
Ia jelas membuktikan, Safee lebih mengutamakan pasukan yang mampu memberinya ruang untk bangkit kembali, berbanding habuan lumayan yang pernah diterimanya sebelum ini.
Meskipun belum mencapai kata sepakat dengan pihak pengurusan FAS, Selangor tetap tampak pilihan sesuai buat Safee dan kembali menyaurung jersi keramat nombor 10 Merah Kuning.
Kemungkinan juga sejarah yang akan berulang buat Safee, kerana Selangor adalah pasukan yang menaikkan semula kerjayanya ketika pulih daripada kecederaan ACL pada 2006.
Selangor juga mampu menawarkan Safee, peluang beraksi dalam saingan Piala AFC untuk saingan musim depan.
Pengesahan FAS mengenai perlantikan bekas 'awang import'nya dan juga pengendali Melbourne Victory, Mehmet Durakovic juga pasti menjadi satu lagi faktor pendorong buat Safee memilih Selangor.
Sudah pasti, peminat dan pemerhati bola sepak tempatan berharap, Durakovic dapat mencatur perancangan taktikal sesuai dengan corak permainan Safee untuk saingan musim depan.
Apa yang pasti, penghijrahan kali ini adalah yang terpenting dalam kerjaya Safee untuk memastikan dia mampu menamatkan kerjaya dengan penanda aras yang tinggi, selari dengan potensi dan kemampuan sebenarnya selaku antara pemain terbaik yang pernah mewarnai bola sepak negara.
Fadzrie Hazis
Sun Nov 03 2013
![Safee perlu buat pilihan terbaik untuk musim depan Safee perlu buat pilihan terbaik untuk musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81359189863_295x200.jpg)
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Kerajaan Terengganu adakan mesyuarat khas insiden JDT dan T-Team Kerajaan Terengganu adakan mesyuarat khas insiden JDT dan T-Team](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/81391425104_120x90.jpg)
Kerajaan Terengganu adakan mesyuarat khas insiden JDT dan T-Team
Terengganu adakan mesyuarat khas dengan pengurusan PBSNT dan T-Team bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden kekecohan aksi Piala FA antara JDT dan T team.
![Safee perlu buat pilihan terbaik untuk musim depan Safee perlu buat pilihan terbaik untuk musim depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81359189863_295x200.jpg)
Safee perlu buat pilihan terbaik untuk musim depan
Selepas sah tidak melanjutkan kontrak dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali kini bakal mencari cabaran baru untuk saingan Liga M musim depan.