Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 1 Januari depan bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda badan induk itu, bagi membolehkan The Red Warriors terus bersaing dalam Liga Malaysia tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata dalam pertemuan tersebut, kerajaan negeri akan meneliti hasil kongres luar biasa KAFA yang akan diadakan pada 29 Disember ini berhubung perkara tersebut.
"Kita hendak tahu apa isu sebenarnya sebab kita tidak pernah tahu kerana tiada wakil kerajaan negeri dalam KAFA. Kita tidak yakin kemelut ini hanya kerana isu dana sehaja, kemungkinan ada isu lain," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, pada Rabu.
Abdul Fattah berkata bola sepak merupakan acara sukan utama di Kelantan dan kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan bagi pembangunan sukan itu.
"Kami meletakkan satu harapan tinggi supaya KAFA dapat mengambil langkah positif memastikan Kelantan dapat meneruskan saingan dalam Liga Malaysia musim depan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri juga meletakkan harapan agar kongres luar biasa itu akan membawa perubahan kepada KAFA terutama diuruskan sepenuhnya oleh golongan profesional dalam bidang sukan bola sepak.
Akhbar sebelum ini melaporkan KAFA memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu bagi musim depan dan difahamkan kantung persatuan itu ketika ini hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.
Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia untuk musim depan akan dibuat menerusi kongres luar biasa KAFA itu. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 21 2016

Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia untuk musim depan akan dibuat menerusi kongres luar biasa KAFA 29 Disember ini.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerajaan Kelantan akan bertemu KAFA atasi masalah kewangan
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 1 Januari depan bagi menyelesaikan kemelut kewangan persatuan itu.