IPOH: Kerajaan mengalu-alukan bantuan pihak swasta untuk memberi sumbangan bagi membawa kembali penganjuran Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ini kerana pihaknya dimaklumkan usaha untuk membawa kejohanan itu melibatkan kos yang amat tinggi iaitu melebihi RM200 juta.
"Jika dapat bantuan syarikat swasta, organisasi dan seumpamanya, sudah tentu kita akan beri sokongan kerana buat masa sekarang kerajaan perlu menggunakan wang untuk banyak perkara lain.. dalam keadaan yang mencengkam rakyat dari segi ekonomi dan keadaan negara yang dihimpit COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Kelab Olahraga Panther di sini pada Sabtu.
Katanya pihaknya juga perlu melakukan perbincangan dengan semua pihak berkaitan dan melakukan penelitian sebelum membuat keputusan besar berhubung perkara itu.
Semalam, media melaporkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengakui berminat sekiranya mendapat tawaran daripada pihak F1 tentang penganjuran GP F1 di litar berkenaan, bagi menggantikan GP F1 Rusia yang dijadualkan pada 25 September ini.
Sebelum ini, pihak F1 telah membatalkan GP F1 Rusia yang dijadualkan berlangsung di Litar Sochi Autodrom susulan serangan Rusia ke atas Ukraine ketika ini.
Kali terakhir F1 dianjurkan di SIC adalah pada 2017 iaitu bagi edisi ke-19 sejak kali pertama dianjurkan di litar itu pada 1999.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata kementeriannya akan memperhalusi bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet seperti atlet olahraga berbakat negara Shereen Samson Vallabouy menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mampu pergi lebih jauh.
"Kita akan bersama-sama mendengar apa bantuan boleh diberi agar sukan olahraga negara dapat diperkasakan lagi. Setakat ini ia berada dalam radar MSN dan Shereen telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dan kita berbangga dengan perkara itu," katanya.
Pada Jumaat, MSN menafikan dakwaan Presiden Yayasan Komuniti Wanita Sukan di Malaysia (FOWCUS) Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa pencapaian Shereen dipandang sepi.
MSN dalam kenyataan memaklumkan pihaknya juga sentiasa mengikuti perkembangan Shereen di Amerika Syarikat dan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Mumtaz Jaafar sendiri telah menghubungi ibu atlet berkenaan (Josephine Mary Singarayar) pada 10 Mac untuk menyenaraikannya ke Sukan SEA Vietnam.
Sabtu lepas, atlet berusia 23 tahun itu memenangi pingat emas acara 400 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan US National Collegiate Athletic Association (NCAA) Division 2 di Pittsburgh State University of Kansas, Amerika Syarikat dengan catatan masa 53.79 saat (s).
Sebagai rekod, Shereen adalah atlet yang tersenarai dalam Program Pelapis Kebangsaan di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan terpilih memasuki Program Kita Juara pada 2016 sebagai persiapan untuk Sukan SEA 2017.
Dibimbing oleh ibunya yang dilantik sebagai jurulatih, Shereen disasarkan untuk memenangi pingat individu acara 400m di Sukan SEA 2017 tetapi hanya meraih pingat dalam acara 4x400m.
Beliau kemudian memutuskan untuk tidak meneruskan latihan di bawah program berkenaan setelah berjaya mendapatkan biasiswa untuk menyambung pengajiannya di Winona State University.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022

Kerajaan mengalu-alukan bantuan pihak swasta untuk memberi sumbangan bagi membawa kembali penganjuran Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Malaysia. - Foto fail/BERNAMA/Unsplash
[TERKINI] Ismail Sabri selesai beri keterangan hari kelima di ibu pejabat SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan hari kelima di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.

Parlimen Indonesia lulus pindaan undang-undang tentera di tengah protes
Parlimen Indonesia meluluskan pindaan kontroversi terhadap Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI) meskipun berdepan bantahan daripada kumpulan mahasiswa dan organisasi masyarakat sivil.
Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas, situasi dijangka memburuk
Sebanyak 20 buah sekolah di Johor terjejas susulan bencana banjir yang melanda negeri itu melibatkan lima daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

Beberapa jalan terputus hubungan akibat banjir di Sabah - JKR
Beberapa jalan di daerah Beluran, Kudat, Pitas dan Kota Marudu terputus hubungan hari ini akibat bencana banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan malam tadi.
[TERKINI] Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun.

“Cuti, cuti” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 2.51 petang selepas memberi keterangan sekitar 5 jam pada Khamis.

Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah RM47,600
Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.
100,000 mangsa terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Sindiket penipuan dalam talian di sempadan Thailand-Myanmar masih beroperasi dengan kira-kira 100,000 mangsa kekal terperangkap di sebalik operasi besar-besaran dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu.

Azizulhasni buat 'cameo' lagu raya Alif Satar & The Locos!
Datuk Azizulhasni Awang tampil membuat cameo dalam satu video muzik sempena Aidilfitri bersama selebriti sensasi Alif Satar & The Locos.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren
Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara GP F1 Qatar.

F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura.

F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay
Sesi latihan Grand Prix Formula One Singapura tergendala seketika susulan seekor biawak berada di landasan Litar Perlumbaan Marina Bay, hari ini.

F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu
Gabungan cuaca panas, pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.

F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.

Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.

F1: Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Shanghai.

F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.