BARU sahaja orang ramai memuji Microsoft kerana membenarkan iPhone berkongsi fail ke peranti Windows dengan pantas seakan AirDrop.


Ringkasan AI
  • Microsoft membenarkan iPhone berkongsi fail ke peranti Windows dengan pantas seakan AirDrop.
  • Dalam kemas kini Phone Link baharu, peranti Android 15 tidak lagi boleh melihat mesej sensitif pada notifikasi.
  • Pengguna Android 15 perlu membuka telefon untuk melihat mesej sensitif kerana Phone Link tidak lagi menyokong akses tersebut.


Terbaharu, mereka membuatkan pengguna Android mula rasa marah kerana menghalang akses membaca mesej.

Dalam kemas kini Phone Link baharu, peranti Android 15 yang telah bersambung dengan peranti Windows tidak lagi boleh melihat mesej dengan kandungan sensitif pada notifikasi.

Ini bermakna, mesej seperti kata laluan sekali pakai (OTP), kod pengesahan dwi-faktor (2FA) dan lain-lain mesej yang disyaki ada kandungan sensitif tidak lagi boleh diakses dengan mudah.

Pengguna kini perlu membuka telefon dan tidak boleh menggunakan Phone Link untuk mesej sensitif.

Walaupun begitu, ciri ini hanya berlaku kepada peranti Android 15 yang tiada Phone Link terbina dalam sistem.

Beberapa peranti Android masih memerlukan pengguna memuat turun aplikasi Phone Link dari Play Store.

Berbeza dengan Google Pixel, Samsung, realme, Oppo, OnePlus dan Honor yang mempunyai Phone Link terus terbina dalam sistem Android. -Amanz