PETALING JAYA: Pemain pertahanan Terengganu FC Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan takut ketika dipanggil menyertai kem latihan pusat menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E, serta dua perlawanan Antarabangsa Tier 1.
Shahrul Nizam berkata dia berasa kerdil dikelilingi barisan pemain pertahanan lain antaranya beberapa bintang utama Johor Darul Ta'zim (JDT), serta pemain berdarah kacukan Dion Cools yang beraksi bersama kelab Denmark, Midtjylland FC, sekali gus mampu menggugat kedudukannya untuk meloloskan diri ke skuad akhir, yang akan diumumkan ketua jurulatih Kim Pan Gon kelak.
"Ini rezeki saya dipanggil buat kali kedua, kali pertama ada masalah komunikasi. Saya teruja dan akan buat yang terbaik dalam kem latihan pusat ini.
"Ia pengalaman baharu buat saya untuk menyesuaikan diri dengan pemain senior. Saya rasa sedikit takut, tetapi saya yakin akan berasa selesa dan dapat sesuaikan diri dalam masa dua hingga tiga hari lagi," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di sini, pada Ahad.
Shahrul Nizam sebelum ini terpalit dengan kontroversi selepas tidak melaporkan diri bersama skuad kebangsaan, bagi menghadapi dua aksi persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Jordan kerana turun ke laut pada Oktober lepas.
Dalam pada itu, pemain berusia 24 tahun itu berkata sesi latihan dikendalikan Pan Gon sangat berbeza, apabila jurulatih dari Korea Selatan itu menerapkan corak permainan pantas, berbanding apa yang dipelajarinya sewaktu bersama Terengganu FC.
BACA: Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam
BACA: Piala Malaysia: Nafuzi enggan Shahrul Nizam terlalu terkesan dengan isu gagal lapor diri
Sementara itu, tonggak tengah JDT Mohamed Syamer Kutty Abba berharap, rakan sepasukan dapat meningkatkan disiplin serta tidak memberikan ruang kepada pasukan lawan melakukan serangan balas, dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 dan aksi persahabatan dihadapi Harimau Malaya nanti.
"Kita juga mesti bertahan dengan lebih baik dan padu bagi kelayakan kali ini, kerana kita akan berdepan dengan beberapa pasukan yang lebih baik. Ia tidak mudah, tetapi insya-Allah kami akan buat yang terbaik," katanya.
Beliau juga mengakui tidak akan memandang mudah cabaran diharungi Harimau Malaya pada aksi pemanas badan menentang Brunei pada 27 Mei ini, diikuti dengan Hong Kong, kerana ia penting bagi menilai tahap kesediaan skuad kebangsaan sebelum menyertai pusingan kelayakan Piala Asia 2023.
Harimau Malaya bakal berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) pada aksi Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022

Shahrul Nizam (kanan) antara dua pemain Terengganu FC yang dipanggil Pan Gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya. Seorang lagi ialah Faisal Halim (kiri). - Foto Facebook/ Terengganu FC

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kelayakan Piala Asia 2023: 'Saya rasa takut sikit' - Shahrul Nizam
Shahrul Nizam mengakui berasa kerdil dikelilingi barisan pemain pertahanan lain.

Ariff Farhan, Shahrul Nizam sertai Harimau Malaya
Kedua-dua pemain itu akan melapor diri ke kem latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan di sini, petang esok.