KUALA LUMPUR: Dua pemain pertahanan Muhammad Ariff Farhan Md Isa dari pasukan Kedah Darul Aman FC dan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni dari Terengganu FC dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya untuk dua aksi persahabatan bulan depan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua pemain yang dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe itu akan melapor diri ke kem latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan di sini, petang esok.
"Ia bagi melengkapkan senarai 24 pemain Harimau Malaya yang dipanggil untuk menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan pada 6 Okt dan Uzbekistan pada 9 Oktober berlangsung di Amman, Jordan," menurut kenyataan itu.
Muhammad Ariff Farhan dan Muhamad Shahrul Nizam dipanggil bagi menggantikan tonggak pertahanan Selangor FC, Syahmi Safari dan pemain pertahanan kelab Denmark, FC Midtjylland Dion-Johan Cools, yang terpaksa digugurkan akibat kecederaan.
Pasukan kebangsaan dijadual berlepas ke Amman pada Sabtu bagi menghadapi dua aksi persahabatan yang berlangsung dalam tempoh jendela perlawanan antarabangsa FIFA, dan dijadual pulang ke tanah air pada 10 Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021

Ariff Farhan (kiri) dan Shahrul Nizam akan melapor diri ke kem latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan di sini, petang esok. - Foto: terengganufc.com & kedahdarulamanfc

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ariff Farhan, Shahrul Nizam sertai Harimau Malaya
Kedua-dua pemain itu akan melapor diri ke kem latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan di sini, petang esok.