The Red Warriors (TRW) sah beraksi pada saingan Liga Premier musim depan selepas memperoleh lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Husin Deraman berkata pihaknya boleh menarik lafaz lega berkaitan isu terbabit (pelesenan kelab) yang sebelum ini menjadi kegelisahan kepada pihak pengurusan persatuan itu.
"Dalam isu lesen, kami berterima kasih kepada FAM dan MFL berikutan telah memperhalusi komitmen kami bagi menyelesaikan isu lesen kelab.
"FAM dan MFL telah membuat satu pertimbangan yang profesional dalam hal itu dan memahami situasi yang dihadapi KAFA," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sebelum ini, pasukan TRW berdepan pergantungan lesen kelab berikutan KAFA perlu menyelesaikan berberapa masalah antaranya tunggakan gaji pemain dan tunggakan hutang dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Husin berkata pihaknya turut berterima kasih kepada pemain yang mempunyai tunggakan gaji berikutan telah bertolak ansur dalam rundingan dilakukan bersama.
"Pengajaran yang baik adalah jangan pandang remeh terhadap undang-undang FAM dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya mahu bermain bola sepak secara profesional.
"Jawatankuasa dan pengurusan pasukan akan mula bertindak segera untuk membuat gerakan bagi melaksanakan perancangan yang telah dibuat sebelum ini," katanya.
Dalam kenyataan media FAM semalam, First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM pada 4 November 2019 telah bermesyuarat dan membuat semua keputusan berkaitan pelesenan yang tertangguh dan permohonan lesen yang diberikan lanjutan bagi memenuhi kriteria pelesenan kelab untuk penyertaan liga kebangsaan 2020.
Bagi Liga Premier, keputusan lesen bagi Kelantan FA, Sarawak FA dan UKM FC telah dibuat selepas tarikh akhir lanjutan pada 30 Oktober 2019.
UKM FC telah diberikan lesen kebangsaan. Kelantan FA dan Sarawak FA pula diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat disebabkan beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019

Husin berkata pihaknya turut berterima kasih kepada pemain yang mempunyai tunggakan gaji berikutan telah bertolak ansur dalam rundingan dilakukan bersama. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.