PETALING JAYA: Pasukan Liga Premier Kelantan FC mengumumkan bekas pemain tengah kebangsaan Reezal Zambery Yahya sebagai ketua jurulatih pasukan yang baharu menjelang saingan musim depan dengan misi layak ke Liga Super 2023.
Reezal Zambery yang menggalas tugas sebagai Penolong Ketua Jurulatih Kelantan FC sebelum memangku posisi Ketua Jurulatih menggantikan Marco Ragini, ditawarkan kontrak bersama Skuad The Red Warriors selama tiga tahun.
Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman berkata sejak menyertai pasukan pada April lepas, Reezal Zambery menunjukkan kualiti sebagai pengendali selain mempunyai tahap keserasian yang tinggi bersama barisan kejurulatihan dan pemain.
"Dengan pelantikan hari ini, ia menunjukkan kita ingin bersiap lebih awal supaya kita dapat bersaing pada musim 2022 dengan lebih teratur dan tersusun termasuk pemilihan pemain yang akan dipilih ketua jurulatih mengikut kesesuaian taktikal dan strategi.
"Untuk liga musim hadapan, setelah berbincang dengan pengarah teknikal (Kelantan FC Abdul Nasir Yusof), kita dah bariskan pemain import yang berkualiti kerana sasaran kita adalah sekurang-kurangnya dapat kedudukan dua terbaik untuk layak ke Liga Super, itu misi kita," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Pada masa sama, Norizam yang terkenal dengan julukan "Zamsaham" atau "Zamburger" berkata pihaknya bersedia mengeluarkan perbelanjaan dua kali ganda berbanding tahun 2021 untuk memastikan kelangsungan pasukan musim depan.
Sementara itu, Reezal Zambery menganggap sasaran ke Liga Super 2023 bukan satu tekanan, malah sedia menyahut cabaran diberikan.
"Pada saya dalam bola sepak tekanan memang biasa tetapi apa-apa pun sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan mahu atau tidak mahu kita perlu berusaha untuk mencapai apa telah ditetapkan.
"Kita perlu bersedia lebih awal kerana ingin pastikan pemain kita juga sedia untuk hadapi musim yang panjang, pada saya perkara yang saya perlu ambil lebih serius adalah memastikan sasaran ditetapkan Insya-Allah tercapai," kata bekas pemain Negeri Sembilan berusia 43 tahun itu.
Kelantan FC mengakhiri saingan Liga Premier 2021 di kedudukan keenam manakala pada kempen Piala Malaysia, Skuad The Red Warriors menamatkan saingan Kumpulan D di kedudukan terakhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Reezal Zambery menganggap sasaran ke Liga Super 2023 bukan satu tekanan, malah sedia menyahut cabaran diberikan. - Foto BERNAMA
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.