IPOH: Perak FC tidak akan sesekali mengambil mudah cabaran Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Sabtu ini, biarpun pasukan lawan itu berada dalam prestasi tidak menentu pada ketika ini.
Ketua jurulatihnya Yusri Che Lah berkata beliau yakin pasukan lawan akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan mereka yang pada ketika ini berada pada tangga tercorot liga.
"Saya tidak anggap Kelantan sebagai pasukan belasahan dan kesemua pemain mereka yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama nanti akan memberi tentangan kepada pasukan saya.
"Mereka mungkin akan turun dengan motivasi bersifat individu iaitu jika ada dalam kalangan pemain (Kelantan) yang terus kekal memperagakan aksi terbaik maka sudah pasti ada di antaranya akan dipancing oleh mana-mana pasukan lain untuk musim depan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Selepas mengharungi 22 perlawanan, The Bos Gaurus berada di kedudukan ke-11 dan mengutip 19 mata manakala Kelantan yang telah bermain 21 perlawanan, menduduki tangga ke-14 dengan lapan mata.
Yusri berkata Perak juga berkemungkinan besar tidak akan dapat menurunkan pemain pertahanan import dari Filipina Jesper Nyholm, bekas pemain sayap kebangsaan Wan Zack Haikal Wan Noor serta pemain tengah Muhamad Firdaus Saiyadi yang dilanda kecederaan.
"Jesper dan Firdaus hampir pasti tidak dapat diturunkan manakala Wan Zack situasinya masih samar. Buat masa ini pasukan perubatan masih memantau tahap atau situasi kecederaan yang dialami Wan Zack," katanya.
Yusri yang juga bekas pemain kebangsaan turut mengharapkan para penyokong dapat hadir beramai-ramai ke stadium untuk terus meniupkan semangat kepada anak didiknya sepertimana ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia, 19 Okt lepas.
"Sudah pasti dengan keberadaan para penyokong akan meningkatkan semangat para pemain sekali gus memastikan sasaran untuk memenangi perlawanan ini akan menjadi kenyataan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023

Yusri harap para penyokong Perak FC dapat hadir beramai-ramai ke stadium untuk terus meniupkan semangat kepada anak didiknya. - Gambar fail BERNAMA

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Kinoshi puji semangat juang skuad Red Giants
Katsuhito Kinoshi memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ malam tadi.

'Terima kasih TMJ, JDT untuk tujuh tahun'
Haziq Nadzli tidak lagi memegang status sebagai pemain pinjaman Harimau Selatan susulan dibenarkan beraksi berdepan JDT, Isnin lalu.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.