Isteri kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selamat melahirkan anak kedua pasangan itu pada 4.38 petang Khamis.

Chong Wei memuat naik gambar beliau bersama Datin Wong Mew Choo serta permata hati yang dinamakan Terence Lee di laman Facebook dan Twitter sekitar jam 6 petang semalam.

Ketika artikel ditulis, posting di laman Facebook dikongsi lebih 1,800 kali dan mendapat lebih 66 ribu likes.

Laman Twitter tidak putus dengan ucapan tahniah rakyat Malaysia kepada Chong Wei atas penambahan ahli keluarga baharu.


Sementara itu, netizen turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berjaya kepada juara kebangaan Malaysia itu bagi kejuaraan yang akan berlangsung di Taiwan kelak.

LCW Fans Tahniah 1

LCW Fans Tahniah 2

LCW Fans Tahniah 3

LCW Fans Tahniah 4

LCW Fans Tahniah 5

Dalam satu muat naik yang berlainan, Chong Wei merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan serta para penyokong yang mengucapkan tahniah sebelum itu.

LCW Thanks

Anak sulung pasangan itu, Kingston Lee dilahirkan pada 12 April 2013 di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang.