IPOH: Dua kelab penyokong bola sepak Perak FC teruja dengan ura-ura usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan mengambil alih kepimpinan pasukan tersebut sekali gus mencorak masa depan lebih baik untuk arena bola sepak di negeri ini.
Presiden Perak Die Hard Fan Roslan Mat Baharom berkata ini kerana sehingga kini Perak FC masih berdepan masalah berkaitan isu pembayaran gaji para pemain dan staf kejurulatihan mereka.
"Pada masa sekarang ini tiada siapa yang mampu untuk melabur berjuta-juta terutama dalam sesebuah persatuan bola sepak. Jadi kalau sudah ada yang berminat, kenapa tidak ambil beliau untuk jadi bos dalam Perak FC.
"Kalau beliau ambil alih secepat mungkin pun bagus jugalah," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Roslan berkata hasrat yang dikemukakan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu juga seharusnya dibincangkan ke meja rundingan bersama pihak pengurusan Perak FC bagi memuktamadkan sebarang kata putus.
"Dalam perbincangan itu nanti pengurusan Perak FC boleh letakkan syarat-syarat atas persetujuan bersama untuk Datuk Seri Vida memiliki Perak FC.
"Kita tidak mahu nanti ada isu berbangkit dan tujuan yang paling penting adalah untuk mewujudkan situasi 'menang-menang' antara kedua-dua pihak," katanya.
BACA: Perak FC belum 'dirisik' Datuk Seri Vida
BACA: Kos kendali, perbelanjaan perlu dikaji sebelum miliki Perak FC - Datuk Seri Vida
Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Perak FC Mohd Shairin Adenan berkata, sekiranya menerajui Perak FC, Vida perlu melantik individu yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman luas dalam sukan bola sepak negeri untuk membantu beliau menguruskan pasukan.
Pihaknya juga berlapang dada jika Datuk Seri Vida menggunakan Perak FC sebagai platform untuk meluaskan bidang perniagaannya terutama dalam penjualan pelbagai produk kosmetik dan kecantikan.
"Kalau dengan sukan bola sepak boleh memajukan perniagaan beliau maka teruskanlah. Kita sebagai penyokong pun akan membantu. Cuma, paling penting kita nak pasukan Perak kembali digeruni dan terus kekal bersaing dalam kancah Liga Super," katanya.
Pada 19 Mei lalu, Datuk Seri Vida mengakui beliau berminat untuk menerajui Perak FC namun mahu meneliti terlebih dahulu syarat serta rundingan yang akan diadakan sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Kelab Bola Sepak Perak FC berlapang dada jika Datuk Seri Vida (gambar) menggunakan Perak FC sebagai platform meluaskan perniagaannya. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.