PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tidak menolak kemungkinan kebenaran penonton ke stadium bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dapat diberikan lebih awal berikutan usaha dan gerak kerja yang positif sedang dilakukan pelbagai pihak.
Reezal Merican berkata ketika ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hanya perlu memperincikan protokol pengurusan sukan supaya ia tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada.
Sebaik ia diperincikan, KBS merancang membentangkan mengenai kebenaran kehadiran penonton ke stadium kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) seawal minggu depan selain mengharapkan pelaksanaan SOP itu berjalan lancar apabila ia mula dilaksanakan.
"Tarikh tepat (dibentangkan) tak dapat dipastikan kerana mesyuarat MKN ketika ini juga tidak tentu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Pembiayaan Industri Sukan di sini, pada Khamis.
Ketika melancarkan saingan Liga-M 2021 minggu lepas, Reezal Merican memberi jaminan permohonan kehadiran penyokong ke stadium akan dibuat selepas dua bulan saingan Liga-M yang menggunakan model gelembung sukan berjalan dengan lancar.
Namun, timbul desas-desus penonton akan mula dibenar hadir ke stadium seawal sebelum jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada bulan ini.
"Gambaran saya beri ketika pelancaran Liga-M baru-baru ini adalah jika kita dapat lakukan (kehadiran penonton ke stadium) dalam sebulan ia adalah bonus.
"Tapi kalau tidak, saya berharap janganlah sampai ia melebihi tempoh dua bulan," jelas beliau.
Sementara itu, beliau berkata penyokong tidak diwajibkan membuat ujian calitan COVID-19 jika kerajaan mula membenarkan kehadiran penonton ke stadium pada masa hadapan.
Saingan Liga-M 2021 melibatkan Liga Super dan Liga Premier membuka tirai pada 5 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021
Reezal Merican (dua, kiri) ketika membuat Lawatan Pemantauan Pematuhan SOP Sukan ke Fasiliti Sukan di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam pada Februari lalu. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.