Ketua jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee yakin kehadiran enam pemain daripada senarai menunggu memberi lebih banyak pilihan untuknya merencanakan strategi terbaik apabila Malaysia berdepan Palestin nanti.
Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada aksi keenam kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium King Hussein Sports City di Amman, Jordan pada 12 Nov ini.
Kim Swee mengakui enam pemain berkenaan termasuk tiga pemain muda iaitu Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari Selangor, Redzuan Suhaidi (Pulau Pinang) dan Muhammad Fazly Mazlan dari kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai kelebihan masing-masing dalam membantu skuad berkenaan mencapai keputusan positif pada perlawanan itu nanti.
Selain tiga pemain berkenaan, pengendali kelahiran Melaka itu turut menyenaraikan penyerang Harimau Muda B Syahrul Azwari Ibrahim, Ronny Harun (Sarawak) dan penyerang Kelantan Ahmad Fakri Saarani bagi menggantikan enam pemain sedia ada yang majoritinya mengalami kecederaan.
"Bagi saya, mereka layak mengisi kekosongan (ditinggalkan enam pemain lain) dan saya percaya mereka mampu membantu skuad negara dengan pengalaman yang dimiliki mereka," kata Kim Swee ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi sebelum berlepas ke Jordan.
Dalam pada itu, Kim Swee berkata baki lima hari menjelang pertemuan dengan Palestin akan digunakan sebaik mungkin untuk proses pemulihan pemain yang keletihan selepas beraksi dalam kempen Piala Malaysia selain memberi tumpuan kepada aspek taktikal.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bakal menyenaraikan semula beberapa pemain yang disisihkan sebelum ini bagi aksi ketujuh pusingan kelayakan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam, 17 Nov ini.
Antara pemain berkenaan adalah pemain tengah Kedah Baddrol Bakhtiar dan penyerang Pahang Azamuddin Mohd Akil selain penyerang veteran negara Mohd Safee Sali yang terlepas aksi berdepan Palestin akibat penggantungan perlawanan.
Sementara itu, beberapa pemain yang ditemui Bernama tekad memberikan persembahan terbaik sekiranya diberikan peluang beraksi berdepan Palestin.
Bagi pemain sayap JDT S. Chanturu, 27, beliau sanggup 'mengorbankan' cuti perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 10 Nov ini semata-mata bagi membantu skuad kebangsaan melakar keputusan positif menentang Palestin.
"Sebelum ini, saya sudah beberapa kali tidak berada di kampung halaman di Kulim, Kedah bagi menyambut Deepavali namun ia sudah menjadi lumrah kepada saya selaku pemain bola sepak.
"Tambahan pula, ini kali pertama saya dipanggil oleh Kim Swee pada aksi pusingan kelayakan, jadi perasaan sedih kerana tidak dapat menyambut Deepavali tidak begitu dirasai," kata Chanturu.
Berkongsi pandangan sama adalah rakan sepasukannya, Muhammad Fazly, 21, yang berjanji untuk mempamerkan persembahan terbaik sekiranya diberikan peluang beraksi pada 12 Nov nanti.
"Ini kali pertama saya dipanggil ke dalam skuad kebangsaan. Saya memang tidak menyangka bahawa jurulatih (Kim Swee) akan menyenaraikan nama saya pada saat-saat akhir, jadi saya bertekad membalas kepercayaan tersebut dengan aksi cemerlang nanti," kata anak jati Johor itu.
Redzuan, 20, pula mengakui pemilihan beliau dalam skuad kebangsaan buat kali pertama merupakan satu penghormatan untuk dirinya sambil berikrar untuk membantu skuad kebangsaan mencatat kejayaan pada perlawanan itu nanti.
Astro Arena
Sat Nov 07 2015

KIM SWEE: Saya percaya mereka mampu membantu skuad negara dengan pengalaman yang dimiliki mereka. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.