Kecemerlangan gandingan Tan Boon Heong - Hoon Thien How menjulang Malaysia ke pentas final Piala Thomas buat kali pertama selepas 12 tahun dengan membenam indonesia 3-0 di separuh akhir pada Jumaat.

Malaysia akan berdepan Jepun, yang mengejutkan juara bertahan China 3-0 di satu lagi saingan separuh akhir.