Sambutan luar biasa peserta terhadap program jelajah FitMalaysia yang diperkenal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendorong kementerian itu melebarkan perancangan program amalan gaya hidup sihat.
Menterinya Khairy Jamaludin berkata, sambutan di luar jangkaan membuatkan KBS menanam keazaman untuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam program seumpama itu.
Ia dilaksanakan dengan mempergiat hebahan bagi memastikan masyarakat terus mendapat kesedaran dan terlibat secara langsung dengan aktiviti kecergasan.
"Setiap tahun kita akan lakukan pusingan kedua dan ketiga, buat masa ini penyertaan hanya 30 peratus hingga 40 peratus, kita mahu melihat jumlah ini meningkat sehingga 50 peratus dalam masa lima tahun untuk memupuk budaya sukan bagi menjadikan Malaysia negara bersukan," kata Khairy kepada Astro AWANI selepas pelancaran program FitMalaysia peringkat Pulau Pinang di Kepala Batas.
Menyentuh mengenai penganjuran Hari Sukan Negara 10 Oktober depan, Khairy memaklumkan sehingga kini 9,500 program sudah berdaftar dengan KBS.
Beliau juga menjangka bilangan program akan terus meningkat dalam tempoh 20 hari.
"Tetapi ia bukan melibatkan program rasmi sahaja, anda semua boleh lakukan program spontan, seperti bermain bola, badminton, futsal, aktiviti rutin juga harus diteruskan tanpa program rasmi dengan penuh semangat kesukanan," tambah beliau.
FitMalaysia di Pulau Pinang merupakan jelajah ke-13 dalam senarai jelajahnya sebelum kemuncak program Hari Sukan Negara, 10 Oktober depan.
Jelajah di Vision Park mencatat jumlah penyertaan tertinggi dengan 25,000 peserta berdaftar, termasuk acara wajib Fun Ride dan Fun Run yang disertai lebih 17,000 peserta.
Sebelum Pulau Pinang, program FitMalaysia turut menjelajah ke Sarawak, Johor, Perlis, Terengganu, Perak dan Kelantan.
FitMalaysia diilhamkan Khairy bermula 2014, bertujuan mengubah Malaysia daripada negara menyokong sukan kepada negara sukan, dengan menggalakkan penglibatan rakyat dalam aktiviti kecergasan.
Astro Awani
Sun Sep 20 2015

KHAIRY: Sambutan di luar jangkaan membuatkan KBS menanam keazaman untuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam program seumpama itu.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Program FitMalaysia Edisi Melaka dibatalkan akibat jerebu
Program itu seharusnya berlangsung pada Sabtu (14 September) di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Bandar Hilir Melaka.