BANDAR PUSAT JENGKA: Kata azimat ayah menguatkan semangat Nor Sarah Adi sehingga dia berjaya merangkul pingat emas dalam acara lompat bergalah di Sukan SEA semalam serta turut mengukir kejayaan berganda dengan memungut pingat gangsa dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam.
Ayahnya, Adi Daud, 56, berkata, sebelum acara itu berlangsung, nalurinya terdetik merasakan anaknya akan berjaya rangkul emas dan terus memberi kata semangat melalui panggilan telefon kepada anaknya agar tidak menghampakan rakyat Malaysia dan keluarga.
“Dia (Sarah) memang tidak mengenal erti kalah dan sentiasa berusaha keras untuk berjaya dan sentiasa berdisiplin melakukan latihan.
“Sebenarnya acara yang kerap diceburinya adalah larian 100 meter dan 4x100 meter, acara lompat bergalah hanya sekali-sekala disertainya sekiranya ada kejohanan olahraga mengadakan acara itu,” katanya di kediamannya di Felda Jengka 3, di sini hari ini.
Katanya, Nor Sarah seorang yang meminati sukan dan semasa di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 3 dia kerap menceburkan diri dalam acara larian termasuk acara merentas desa.
“Di bangku Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, dia tidak terkecuali menyertai acara sukan yang digemarinya.
“Kejayaan dan bakatnya itu dia dipilih melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Gambang Kuantan bermula Tingkatan 3 hingga menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
BACA: Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah, kuartet 4x100m lelaki pecah rekod
Ibunya, Nasnita Mohd Zain, 48, turut terharu dengan kejayaan anaknya yang merangkul pingat emas dalam acara lompat bergalah.
“Kami sekeluarga tidak senang duduk menonton secara langsung acara ini melalui televisyen, semalam dan dia sempat melakukan panggilan video selepas mencatatkan nama sebagai penerima pingat emas.
“Katanya, dia bersyukur dengan doa ayah dan ibu serta semua rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan dia dan atlet tanah air dan berharap terus mendoakan kejayaan mereka,” katanya lagi.
Pada Isnin Nor Sarah mencipta kejutan dengan merangkul pingat emas dalam acara lompat bergalah sekali gus menamatkan kemarau emas 11 tahun bagi Malaysia.
Atlet berusia 22 tahun itu, yang sepatutnya hanya menyertai acara 4x100m wanita pada penampilan sulungnya di temasya dwitahunan itu, muncul juara selepas mencatatkan lompatan terbaik peribadinya dengan ketinggian 4.00 meter (m).
Mohd Zalani Md Atan
Tue May 17 2022
![Kata azimat ayah kuatkan semangat Nor Sarah rangkul emas di Sukan SEA Kata azimat ayah kuatkan semangat Nor Sarah rangkul emas di Sukan SEA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652783209_Kataazimatayah.jpg)
Ibu Nor Sarah, Nasnita dan ayahnya Adi melihat fotonya semasa kecil. Gambar kecil adalah Nor Sarah. - Foto Astro AWANI
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Sukan Asia Hangzhou: Nor Sarah lompat galah tanpa catatan Sukan Asia Hangzhou: Nor Sarah lompat galah tanpa catatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696291851_TBNorSarahAdi.jpg)
Sukan Asia Hangzhou: Nor Sarah lompat galah tanpa catatan
Nor Sarah menamatkan saingan tanpa sebarang catatan berikutan tidak melepasi had ketinggian pertama, 3.80m.
![Sukan SEA: Dua kali lompatan batal, Nor Sarah terlepas pertahan emas Sukan SEA: Dua kali lompatan batal, Nor Sarah terlepas pertahan emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683754961_NorSarahAdi.jpg)
Sukan SEA: Dua kali lompatan batal, Nor Sarah terlepas pertahan emas
Biarpun berkongsi catatan 4.05m dengan Chonthicha Khabut, namun tuah memihak kepada atlet Thailand itu untuk merampas emas daripadanya.
![Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20 Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663346531_MuhammadAzeem.jpg)
Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20
Masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) hari ini.
![Kata azimat ayah kuatkan semangat Nor Sarah rangkul emas di Sukan SEA Kata azimat ayah kuatkan semangat Nor Sarah rangkul emas di Sukan SEA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652783209_Kataazimatayah.jpg)
Kata azimat ayah kuatkan semangat Nor Sarah rangkul emas di Sukan SEA
Nalurinya merasakan anaknya akan berjaya rangkul emas dan terus memberi kata semangat kepada anaknya agar tidak menghampakan rakyat Malaysia dan keluarga.
![Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah, kuartet 4x100m lelaki pecah rekod Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah, kuartet 4x100m lelaki pecah rekod](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652720336_NorsarahAdiSukan.jpg)
Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah, kuartet 4x100m lelaki pecah rekod
Lompatan itu mengatasi Chonticha Khabut dari Thailand yang melakukan lompatan 3.80m dan Alyana Martinez dari Filipina (3.60m).