KASMA Daniel Kasmayudin dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor meraih kemenangan di Litar Permotoran Terengganu bagi kategori CP150 dalam pusingan keempat Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix.
Kasma yang memulakan perlumbaan di grid ketiga selepas mencatatkan masa 48.944s di sesi Superpole menampilkan strategi mantap dalam perlumbaan apabila mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga dan ke atas walaupun dicabar pelumba lain.
Kemahirannya terserlah apabila mengekalkan momentumnya sepanjang tujuh belas lap sebelum mengorak langkah ke kedudukan kedua untuk menguasai perlumbaan tersebut.
Persaingan kategori CP150 bertambah hebat pada lap terakhir di antara Kasma dan Nazirul Izzat Md Bahauddin, rakan sepasukannya yang menduduki tempat pertama pada ketika itu.
Pada selekoh terakhir, Kasma menyambar peluang untuk mengambil alih tempat Nazirul dan berjaya menguasai perlumbaan tersebut sekali gus menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 16:30.494s.
Menurut Kasma, “Bagi saya, litar ini tidak begitu teknikal. Saya hanya mengekalkan momentum saya sepanjang perlumbaan agar kekal di tempat ketiga teratas. Pada lap terakhir, saya mendapat peluang untuk menguasai tempat pertama dan terus mengambilnya."
Tempat kedua menjadi milik Nazirul Izzat Md Bahauddin dengan catatan masa 16:30.915 manakala ketiga pula menjadi milik pelumba Terengganu, Ahmad Afif Amran dari Petronas Sprinta Yamaha- CKJ Racing dengan catatan masa 16:30.943s.
Sementara bagi kategori CP125 pula, Md Fareez Afeez Abd Rahman dari YY Pang Yamaha Racing berjaya meraih tempat pertama.
Ini merupakan kejayaan yang pertama bagi Fareez untuk musim ini dan beliau yang menduduki tempat kelapan keseluruhan selepas perlumbaan akhir pusingan ketiga berjaya memaparkan kebolehannya untuk bersaing dengan hebat.
Fareez menampilkan strategi yang hebat apabila berjaya mempertahankan kedudukannya di tempat pertama sepanjang perlumbaan walaupun dicabar pelumba lain yang tidak kurang hebat bagi menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 13’03.786s.
Menurut Fareez, “Strategi saya hanyalah untuk kekal konsisten sepanjang perlumbaan. Saya berikan perhatian sepenuh dan sentiasa memerhatikan masa agar saya dapat mempertahankan kedudukan saya. Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang telah bertungkus-lumus untuk kejayaan ini.”
Tempat kedua menjadi milik Md Haziq Md Hamdan dari Honda KC Racing dengan catatan masa 13’04.709s. Walaupun Haziq mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan, beliau tidak dapat mampu mempertahankan pencapaiannya pada perlumbaan akhir.
Tempat ketiga milik Md Syafiq Rosli dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 13’04.820s.
Kategori Kategori Wira KBS, menyaksikan penguasaan Md Danish Aiman Zamrul dari Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing yang mengungguli kategori tersebut dengan catatan 10’42.974s.
“Saya bersyukur dapat mempertahankan kedudukan saya dari lap pertama sehingga yang terakhir. Saya tidak mempunyai strategi yang khusus bagi pusingan ini, namun saya cekal untuk terus konsisten sepanjang perlumbaan. Saya hanya 'play-safe' sepanjang perlumbaan dan ini telah membuahkan hasil," ujar Danish.
Tempat kedua dan ketiga disambar rakan sepasukan Danish, Md Adam Haikal Jahar dan Md Syamil Amysar Md Iffende yang menyaksikan masing-masing mencatat 10’45.880s dan 10’51.798s. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 25 2022

Kasma Daniel. - Foto Sinar Harian

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Kasma Daniel tawan Litar Terengganu
Kasma menampilkan strategi mantap apabila mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dan ke atas walaupun dicabar pelumba lain.

Kasma Daniel kembali warnai ARRC, Cub Prix bagi musim 2021
Kasma akan mewarnai kancah sukan permotoran musim 2021 apabila mengesahkan mempunyai pasukan dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan kemungkinan Cub Prix.

KBS beri sumbangan peribadi kepada Kasma Daniel, bukan penajaan
Badan induk itu tidak pernah mencampuri urusan melibatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan pasukannya, OneXOX TKKR SAG Team yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto2.

Hafizh Syahrin gagal kutip mata pada GP Aragon
Pelumba pasukan Aspar Team itu mencatatkan masa 40 minit 00.963 saat pada perlumbaan 21 pusingan yang menyaksikan pelumba berusia 26 tahun itu gagal mengutip sebarang mata.