KUALA LUMPUR: Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon percaya Malaysia berhak untuk menang apabila mengatasi Taiwan 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Taiwan, malam ini.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata bahawa pasukan Blue Wings itu berjaya memberikan saingan yang sukar tetapi pemain Harimau Malaya lebih berazam untuk memenangi perlawanan tersebut.
"Kami sudah jangkakan perlawanan malam ini sukar...kami sudah tahu kekuatan, disiplin, fizikal dan semangat juang pemain-pemain Taiwan tetapi saya rasa semangat kami sedikit lebih tinggi daripada mereka.
"Saya amat bangga dengan semua pemain kerana berjaya melalui rintangan yang sangat sukar ini, kami kini satu langkah lebih dekat ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia, saya sangat bangga dan menghargai semua pemain," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Perbandaran Taiwan.
Mengulas lanjut, beliau menafikan bahawa pemain gantian, Darren Lok dan Endrick Dos Santos pada separuh masa kedua telah menjadi penentu perlawanan dan mengubah permainan dan menyifatkan kemenangan terhasil menerusi sumbangan semua pemain.
Pan Gon berkata pemain telah menunjukkan keazaman sejak separuh masa pertama tetapi kurang bernasib baik untuk mendahului pada awal perlawanan.
"Kemenangan ini datang daripada semua pemain dan bukan individu, saya rasa pasukan kami memiliki semangat dan keinginan untuk melangkah ke pusingan seterusnya," kata jurulatih berusia 54 tahun itu.
Sementara itu, beliau berkata bola kelihatan lebih ringan daripada biasa, padang lebih keras dan kecergasan pemain sedikit berkurangan berbanding perlawanan sebelum ini menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lalu.
Pada pertembungan malam ini, Darren yang dibawa masuk menggantikan Paulo Josue pada minit ke-62, muncul wira Malaysia apabila menghadiahkan gol kemenangan pada minit ke-72.
Kemenangan malam ini adalah kemenangan pertama Malaysia di Taiwan selepas kalah dalam tiga perlawanan terakhir mereka di sana yang bermula pada tahun 2000.
Malaysia kini di tangga teratas Kumpulan D dengan enam mata, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata dengan perlawanan antara Oman dan Kyrgyzstan sedang berlangsung pada masa ini.
Selepas ini, Harimau Malaya dijadualkan bertemu Oman di tempat lawan pada 21 Mac tahun depan dan menjadi hos kepada pasukan itu pada 26 Mac, diikuti berdepan Kyrgyzstan di tempat lawan pada 6 Jun sebelum kembali menerima kunjungan Taiwan pada 11 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Pan Gon berkata pasukan Blue Wings itu berjaya memberikan saingan yang sukar tetapi pemain Harimau Malaya lebih berazam untuk memenangi perlawanan tersebut. - Gambar fail/Bernama
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Sebuah roket dari Lubnan dipintas Israel
Sebuah roket yang dilancarkan dari Lubnan berjaya dipintas rejim Israel pada Khamis.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin
Republik Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.
"Kami berhak menang" - Pan Gon
Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon percaya Malaysia berhak untuk menang apabila mengatasi Taiwan 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Taiwan.
Piala Thomas: Malaysia bertemu India dalam suku akhir
Malaysia akan berhadapan Korea Selatan atau Denmark sekiranya layak ke separuh akhir.
Piala Thomas: Malaysia mara ke suku akhir, tewaskan AS 5-0
Malaysia mara ke suku akhir Piala Thomas selepas menewaskan Amerika Syarikat 5-0 dalam aksi Kumpulan D, sebentar tadi.
Piala Malaysia: JDT rakam kemenangan selesa ke atas Kelantan
JDT membuka kempen Piala Malaysia 2021 dengan meyakinkan apabila menumpaskan Kelantan FC 2-0 dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.
Euro 2020: Sterling pastikan England juara Kumpulan D
Biarpun tewas, Republik Czech turut layak ke pusingan 16 selaku salah sebuah daripada empat pasukan di tangga ketiga terbaik.
Euro 2020: Sentuhan Sterling hapus badi England
The Three Lions tidak pernah memenangi perlawanan pembukaan mereka dalam Kejuaraan Eropah namun penantian itu berakhir apabila mereka mengambil langkah besar dalam Kumpulan D.
Euro 2020: Modric anggap England berat sebelah
The Three Lions bakal menyambut kunjungan Croatia di stadium kebangsaan itu malam ini dalam pertemuan yang disifatkan sebagai ulangan separuh akhir Piala Dunia 2018.
Aksi pembukaan penting buat Kelantan
Ketua jurulatih, Sazami Shafi'i, menjelaskan perlawananan pertama cukup penting kepada mana-mana pasukan dan dia berharap anak buahnya mampu memberikan aksi terbaik.
Kesukaran Argentina akibat pasukan, bukan hanya Messi - Hierro
Dengan skuad Jorge Sampaoli di ambang penyingkiran di peringkat kumpulan di Russia, Messi telah dikritik, terutama selepas kekalahan 3-0 pasukannya kepada Croatia di Stadium Nizhny Novgorod, kelmarin.
Chong Wei turun berdepan Russia
Antara misi skuad Piala Thomas negara kali ini adalah memberikan peluang kepada pemain-pemain muda untuk memikul cabaran negara dan memberikan pengalaman bagi menghadapi kejohanan akan datang.