KELANTAN mahu membuka akaun dengan kemenangan pertama apabila turun menentang Selangor dalam aksi pembukaan Kumpulan D acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) XIX di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, malam ini.
Ketua jurulatih, Sazami Shafi’i, menjelaskan perlawananan pertama cukup penting kepada mana-mana pasukan dan dia berharap anak buahnya mampu memberikan aksi terbaik biarpun sudah tiga edisi kejohanan tidak mengambil bahagian.
“Biarpun agak lama kami tidak beraksi di pentas Sukma, saya harap aksi pemain tidak berkarat.
"Saya sedar aksi pembukaan cukup penting untuk mana-mana pasukan dan kami sudah bersedia untuk melayan skuad Merah Kuning," katanya.
Sazami, yang juga bekas ketua jurulatih skuad Piala Belia Kelantan, sedar tekanan yang bakal digalas, namun menyerahkan kepada kemampuan pemainnya untuk membuktikannya di atas padang.
“Saya menghormati kekuatan pasukan lawan dan tentunya satu aksi yang menarik bakal dipersembahkan kerana kedua-dua pasukan tidak mahu kecewa dalam aksi pembukaan," tambahnya.
Sazami juga menyifatkan kedua-dua pasukan akan turun dengan penuh berhati-hati dan cuba mengelak daripada melakukan kesilapan yang boleh menghancurkan pasukan.
"Satu perlawanan yang menarik kerana kedua-dua pasukan mahukan kemenangan untuk memulakan perjuangan dengan langkah kanan," katanya.
Untuk rekod, Kelantan diundi bersama Selangor, Pahang dan Kedah dalam Kumpulan D.
Astro Arena
Sun Sep 09 2018
Kelantan (gambar) diundi bersama Selangor, Pahang dan Kedah dalam Kumpulan D. Foto Astro ARENA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam
Pusat berkenaan menyediakan fasiliti terbaik kepada para pemain NSFC selain menjadi antara cabang perniagaan untuk kelab bola sepak itu.
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas
Selangor menyasarkan 61 pingat emas sementara kontinjen Negeri Sembilan optimis meraih lebih 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan.
EURO 2024: Fullkrug selamatkan maruah Jerman di Frankfurt
Walaupun telah memastikan kelayakan ke peringkat kalah mati, Nagelsmann menurunkan kesebelasan utama Jerman yang sama bertemu Hungary.
Liga Super: Selangor naik tangga kedua, Kijang Emas raih kemenangan sulung
Penyerang import Ronnie Fernandez muncul wira Gergasi Merah selepas mencetak dua gol pada separuh masa pertama.