ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.


1. Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar

Menurut Anwar, negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.



2. Maal Hijrah: Agong gesa kerajaan tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat

Sultan Ibrahim bertitah, semua kaum mempunyai budaya dan agama sendiri dan mesti hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain.


3. Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.


4. Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan

Kereta Proton Iswara yang dipandu Allahyarham hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan kemudian melanggar pembahagi jalan.


5. Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi

Mesyuarat juga akan menyentuh laporan berhubung insiden melibatkan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber.


6. Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad

Beliau berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.


7. PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi

Keputusan berkenaan kerjasama Barisan(BN) dengan Pakatan Harapan(PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.


8. JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im

Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kelompok yang menyebar kandungan ajaran sesat amat penting, supaya mereka tidak merasakan perbuatan itu begitu mudah dilakukan sewenang-wenangnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.


9. Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah

Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.


10. Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid

Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khususnya UMNO untuk menghadapi PRK seterusnya.