KUALA LUMPUR: Jurulatih angkat berat kebangsaan Yon Haryono yakin skuad angkat berat negara yang bakal beraksi di Sukan SEA dan kelayakan Sukan Olimpik, bebas penggunaan bahan terlarang.
Ia kerana dua badang yang akan beraksi di Kejohanan Asia di Jinju, Korea Selatan bermula 3-13 Mei ini, yang merupakan kelayakan ke Olimpik Paris 2024, dan lima badang ke Sukan SEA bermula 5-17 Mei di Phnom Penh, menjalani ujian doping setiap bulan.
"Memang Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengambil sampel air kencing sebulan sekali, jadi saya yakin tiada isu doping," katanya kepada pemberita sempena lawatan Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan SEA Sharon Wee ke latihan skuad angkat berat di sini hari ini.
Walaupun hanya Muhammad Erry Hidayat berlatih di bawah pengawasannya di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, manakala atlet lain berlatih di negeri masing-masing, beliau yakin jurulatih di negeri juga faham akan tanggungjawab membendung gejala doping.
Yon berkata jurulatih di negeri juga perlu sentiasa memberikan nasihat dan kesedaran kepada anak buah masing-masing mengenai risiko doping serta kesannya kerana sukan itu kerap terpalit dengan penggunaan bahan terlarang.
"Sebagai jurulatih, kita tak boleh berhenti beri pengetahuan bahawa tidak boleh terlibat dengan penggunaan bahan terlarang, kerana pertamanya masa depan hancur, seterusnya rosakkan kesihatan dan mengancam sukan angkat berat di Malaysia kerana mungkin digantung oleh badan dunia.
"Untuk meningkatkan prestasi, bukan doping (caranya), kita kena berlatih, jaga pemakanan, jaga pengambilan suplemen dan rehat yang cukup. Disiplin menjadi faktor utama untuk elak doping, bukan hanya ketika latihan tetapi pada setiap masa," katanya.
Sementara itu, Yon berkata tiga pemenang pingat di Sukan Komanwel 2022 Birmingham, iaitu pemenang emas kategori 55kg Mohamad Aniq Kasdan, juara kategori 61kg Muhamad Aznil Bidin dan pemenang pingat perak 73kg Muhammad Erry Hidayat, bakal menjalani latihan sebulan di Surabaya, Indonesia.
Selepas latihan pusat itu, Mohamad Aniq dan Muhamad Aznil akan terus ke Jinju, manakala Muhammad Erry akan menyertai Mohammad Danial Dahlan (67kg) dan Muhammad Hafiz Syamsudin (89kg), serta dua badang wanita - Nur Atikah Mohamad Sobri (59kg) dan Nur Syazwani Radzi (64kg) - di Phnom Penh.
Sebelum ini, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengumumkan sasaran dua gangsa di Sukan SEA, iaitu mempertahankan pingat yang dimenangi oleh Muhammad Erry dan Muhammad Hafiz pada edisi lepas di Hanoi, Vietnam.
Malaysia turut meraih sebutir perak menerusi Muhamad Aznil dan satu lagi gangsa menerusi Mohamad Aniq pada Sukan SEA 2021 itu, yang diadakan pada Mei 2022 kerana pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Jurulatih angkat berat kebangsaan Yon Haryono berkata skuad yang akan membawa cabaran negara menjalani ujian doping setiap bulan. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.

Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori
Ini susulan mesyuarat IWF di Manama, Bahrain baru-baru ini yang memutuskan perubahan kategori bagi sukan berkenaan.

Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.

Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.

Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.