Ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya bakal diketahui 30 Okt ini, setelah Jawatankuasa Pasukan Petugas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima laporan daripada panel pemilihan khas.
Pengerusi Jawatankuasa berkenaan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata panel pemilihan itu terdiri daripada enam individu termasuk tiga daripada FAM, akan menilai latar belakang 15 calon yang memohon jawatan itu sebelum menyerahkan hasil penilaian kepada jawatankuasa tersebut.
Enam individu itu adalah tiga wakil Majlis Sukan Negara (MSN) selain timbalan pengerusi jawatankuasa pasukan petugas Datuk Mohd Junid Mohd Noor, bekas jurulatih kebangsaan B. Sathianathan dan Pengarah Teknikal FAM Fritz Schmid.
Abdul Mokhtar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata pihaknya akan membuat penilaian lanjut berhubung laporan diterima daripada panel pemilihan itu, sebelum menamakan ketua jurulatih skuad kebangsaan baharu.
"Tiga wakil MSN turut dijemput menjadi sebahagian daripada panel pemilihan memandangkan MSN mengeluarkan kos persediaan skuad Bawah 23 Tahun negara ke Sukan SEA 2017," katanya kepada Bernama hari ini.
Antara individu dilaporkan memohon jawatan berkenaan adalah bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim, Bojan Hodak; bekas jurulatih Kelantan, George Boateng dan bekas jurulatih Sarawak, Robert Alberts.
Laporan media asing turut menyatakan bekas jurulatih utama kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United, Rene Meulensteen dari Belanda juga berminat dengan 'kerusi panas' berkenaan.
"Beri masa kepada panel pemilihan berkenaan untuk meneliti latar belakang setiap calon terlibat sebelum kita umumkan jurulatih baharu skuad kebangsaan," kata Abdul Mokhtar.
Ketua jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee dilantik oleh FAM bagi mengendalikan sementara skuad Harimau Malaya bagi baki lima perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bermula dengan perlawanan keempat menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 Sept lepas.
Jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya kosong setelah Dollah Salleh meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan di Abu Dhabi, UAE, 3 Sept lepas.
Astro Arena
Fri Oct 16 2015
![Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya diketahui 30 Okt Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya diketahui 30 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444996034_Stadium.jpg)
Jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya kosong setelah Dollah Salleh meletak jawatan.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya diketahui 30 Okt Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya diketahui 30 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444996034_Stadium.jpg)
Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya diketahui 30 Okt
Ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya diketahui 30 Okt ini, setelah FAM menerima laporan daripada panel pemilihan khas.
![Jurulatih Harimau Malaya akan dilantik sebelum hujung tahun, kata FAM Jurulatih Harimau Malaya akan dilantik sebelum hujung tahun, kata FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441981723_FAMLOGO.jpg)
Jurulatih Harimau Malaya akan dilantik sebelum hujung tahun, kata FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melantik ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan selewat-lewatnya hujung tahun ini.