PERSEORANGAN profesional negara, Cheam June Wei korbankan sambutan perayaan Tahun Baru Cina untuk berlatih di Dubai bersama nama-nama besar seperti pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dan Juara Dunia 2021, Loh Kean Yewm selepas tamat siri Kejohanan di India Ahad lalu.
June Wei menjadi ahli terbaharu 'Kelab Viktor Axelsen' yang menjalani latihan intensif bersama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Difahamkan, June Wei, 25, terpaksa melupakan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarganya di Pulau Pinang hari ini demi mencapai impiannya melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Dia dijadualkan berlatih bersama pemain nombor satu dunia Axelsen dan rakannya di Kompleks Sukan Nad Al-Sheba (NAS), Dubai selama kira-kira dua minggu hingga pertengahan Februari ini.
"Selepas tamat Terbuka India, saya memilih untuk tidak kembali ke Malaysia kerana perlu menjalani proses kuarantin dan saya memilih untuk ke Dubai menjalani latihan bersama Victor Axelsen," kata June Wei.
"Ia merupakan pengalaman yang sangat baru namun setiap pemain yang berada di sini sentiasa memberikan persaingan untuk melonjakkan lagi mutu permainan.
"Sebelum ini, saya hanya mengikut arahan telah ditetapkan jurulatih sebaliknya di sini, saya perlu menentukan apa yang perlukan dan ia mampu mematangkan saya lagi."
Astro Arena
Mon Jan 31 2022

June Wei menjadi ahli terbaharu 'Kelab Viktor Axelsen' yang menjalani latihan intensif bersama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. - Foto Astro ARENA
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

June Wei ketepi 'hari raya' Cina berlatih di Dubai
Dia dijadual berlatih bersama Axelsen dan rakannya di Kompleks Sukan Nad Al-Sheba, Dubai selama kira-kira dua minggu.

June Wei pilih tinggalkan BAM
Keputusan itu sudah berada dalam fikirannya sejak dipanggil pulang ke Malaysia berikutan gagal mencapai KPI dalam Terbuka Republik Czech.

June Wei kekal rekod tanpa kalah
Pemain pelapis perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan pada saingan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan BAM 2020 di ABM di Bukit Kiara.

Malaysia jumpa Indonesia di final selepas jinakkan Jepun
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menghadiahkan mata pertama negara dengan kemenangan 21-11, 8-21, 21-11 ke atas pemain di ranking ke-10 dunia Kanta Tsuneyama.

June Wei rangkul kejuaraan Cabaran Antarabangsa Malaysia
Turun selaku pilihan kelapan kejohanan, June Wei terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pemain China, Ren Peng Bo yang juga pilihan keenam.

June Wei tepati ramalan mara ke final Cabaran Antarabangsa 2019
June Wei mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan Kodai Naraoka dari Jepun.

Cheam June Wei ganti Chong Wei ke Sukan Asia
Pemilihan pemain berusia 21 tahun itu adalah bagi menggantikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri susulan masalah kesihatan.

Chong Wei kenal pasti pengganti selaku pemain utama Malaysia
Jaguh perseorangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei memberi bayangan pemain remaja negara, Lee Zii Jia, Cheam June Wei dan Tan Jia Wei, bakal menjadi penggantinya apabila beliau bersara.