TANJUNG MALIM: Bekas ratu terjun negara Cheong Jun Hoong tidak menolak kemungkinan untuk kembali dalam arena sukan terjun negara sebagai jurulatih sekiranya diberikan peluang suatu hari nanti.
Namun, bekas juara dunia berusia 34 tahun itu berkata buat masa ini, beliau belum mempertimbangkan perkara itu secara serius kerana fokusnya adalah untuk menamatkan pengajian dalam bidang komunikasi di institusi pengajian tinggi tempatan.
"Kalau nak kata tak rindu itu tipulah, cuma untuk sementara ini saya memang tak fikir untuk jadi jurulatih namun jika selepas ini mungkin boleh jika ada ruang dan peluang.
"Saya sentiasa terbuka dan sedia membantu negara yang banyak membantu hingga saya berjaya menjadi juara dunia, tetapi buat masa ini saya nak buat banyak perkara yang saya tidak dapat buat ketika menjadi atlet," katanya ketika ditemui Bernama pada Ahad.
Jun Hoong yang berasal dari Ipoh mencipta sejarah apabila muncul atlet terjun pertama negara memenangi gelaran juara dunia dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Dunia 2017 di Budapest, Hungary.
Beliau secara rasminya mengumumkan persaraannya pada Januari 2022.
Mengulas pretasi penerjun negara ketika ini, beliau mengakui terdapat penurunan dari segi pencapaian mereka namun menyifatkan situasi itu normal.
"Saya yakin prestasi mereka ini akan kembali meningkat berbekalkan program dan latihan berterusan yang dilakukan barisan kejurulatihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Jun Hoong ditemu bual pada Majlis Sambutan Hari Olimpik 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, 23 Jun 2024. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jun Hoong sedia jadi jurulatih
Namun, buat masa ini, beliau belum mempertimbangkan perkara itu secara serius kerana fokusnya adalah untuk menamatkan pengajian di IPT.

Jun Hoong umum persaraan hari ini
Atlet terjun negara dan bekas juara dunia Cheong Jun Hoong akhirnya mengumumkan persaraannya secara rasmi hari ini, setelah lebih dua dekad penglibatannya dalam sukan itu sejak 1999.

'Dia tetap kebanggaan kami dan negara' - Bapa Pandelela
Walaupun terlepas peluang untuk membawa pulang pingat di temasya Olimpik Tokyo sebentar tadi, Pamg Joheng tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Pandelela Rinong.

Tokyo 2020: Pandelela layak ke final acara 10m platform individu wanita
Pandelela yang berjaya mengutip 315.75 mata berada di kedudukan ke-7 pada pusingan separuh akhir pertandingan sebentar tadi.

Tokyo 2020: Pandelela beraksi pada separuh akhir 10m platform individu wanita
Padelela berdepan detik cemas apabila menjadi penerjun terakhir layak ke separuh akhir manakala seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong, terlepas peluang ke peringat seterusnya.

Tokyo 2020: Pandelela akui perlu perkemas lompatan
Pandelela bermula konsisten sehinggalah terjunan keempatnya yang hanya mendapat 28.80 mata.

Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo
Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis.

Tokyo 2020: Pandelela mara ke separuh akhir
Taruhan negara ini melangkah dengan mata 284.90 dalam misi memburu kilauan pingat seterusnya.

Tokyo 2020: Empat atlet sambung misi raih emas sulung negara
Harapan dan tumpuan kini terarah kepada empat atlet bagi melaksanakan misi meraih pingat emas Olimpik pertama negara.

Tokyo 2020: Hari ke 12 'sepi' buat kontinjen Malaysia
Seperti dijangka, tiada pungutan pingat buat kontinjen Malaysia pada hari ke-12 temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung hari ini.