TOKYO: Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis (5 Ogos).
Bermula di Pusat Akuatik Tokyo, kem Malaysia menghadapi saat mencemaskan sebelum ratu terjun negara Pandelela Rinong, mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir acara 10 meter platform wanita yang dijadual berlangsung esok.
Penerjun berusia 28 tahun itu, terpaksa berdepan detik cemas sehingga ke penghujung saingan sebelum layak ke separuh akhir apabila kedudukannya sentiasa berubah, sedangkan beberapa penerjun lain belum membuat terjunan masing-masing di pusingan kelima dan terakhir itu.
Penerjun kelahiran Sarawak itu yang memenangi pingat gangsa dalam acara itu pada edisi London 2012, akhirnya layak apabila menamatkan pusingan kelayakan tersebut di kedudukan ke-18 yang juga slot terakhir ke separuh akhir, selepas mengutip 284.90 mata selepas lima terjunan.
BACA SEMUA BERHUBUNG TOKYO 2020 DI SINI
Lapan belas penerjun terbaik akan bersaing pada separuh akhir pada 10 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) Khamis, sebelum 12 penerjun terbaik akan bertanding pada peringkat akhir, yang dijadual pada 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada hari sama.
Dalam pada itu, cabaran seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong terkandas di pusingan kelayakan, selepas menamatkan aksi di tempat ke-26 setelah mengumpul 251.80 mata.
Situasi mendebarkan turut dirasai di Velodrom Izu, Shizuoka, kira-kira 175 kilometer dari bandar raya ini, sebelum jaguh lumba basikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, masing-masing berjaya menempah tempat ke pusingan ketiga, acara pecut individu lelaki.
Namun, kedua-dua pelumba itu mengharungi laluan sukar apabila terpaksa bersaing dalam pusingan repechage, selepas tumpas di pusingan kedua perlumbaan yang berlangsung petang ini.
Azizulhasni mengesahkan tiket ke pusingan ketiga atau 1/8 itu apabila mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menumpaskan pelumba Kanada, Nick Wammes.
Muhammad Shah Firdaus pula terpaksa beraksi dua kali dalam pusingan repechage 1/16 selepas terlanggar pelumba Poland Patryk Rajkowski, sehingga menyebabkan lawannya itu terjatuh.
Pada perlumbaan diadakan semula, Muhammad Shah Firdaus, 25, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik, tidak berdepan masalah untuk mengatasi Rajkowski untuk menempah slot ke pusingan ketiga.
Azizulhasni, bagaimanapun bakal berdepan tugas berat pada saringan pertama Pusingan Ketiga itu apabila dijadual berdepan pelumba Belanda Jeffrey Hoogland, yang memecahkan rekod Olimpik 9.215 saat, yang dicatat pada pusingan kelayakan awal hari ini.
Sementara, Muhammad Shah Firdaus berpeluang untuk membalas dendam atas kekalahannya kepada Harrie Lavreysen, juga dari Belanda pada Pusingan Pertama atau 1/32 hari ini, apabila kedua-dua mereka akan bertemu semula pada saingan kedua, Pusingan Ketiga, esok.
Pusingan ketiga itu akan berlangsung pada 3.48 petang waktu tempatan (2.48 waktu Malaysia). Sekiranya berjaya mengatasi lawan masing-masing, kedua-dua pelumba negara akan bersaing di peringkat suku akhir pada hari yang sama, esok.
Di Kasumigaseki Country Club, pemain golf wanita utama negara Kelly Tan memulakan aksi pusingan pertama dengan berkongsi kedudukan ke-41, bersama lima pemain lain selepas mencatat dua atas par 73.
Pemain berusia 26 tahun itu memulakan aksi dengan catatan kurang memuaskan apabila mencatat tiga bogey pada sembilan lubang pertama (1, 6, 9), namun berjaya memperbaikinya dengan melakukan tiga birdie pada lubang 11, 14 dan 15.
Bagaimanapun, double bogey pada lubang 16 (par 3) menyaksikan wakil tunggal Malaysia dalam acara golf wanita pada temasya Olimpik Tokyo itu, menamatkan aksi dengan dua atas par 73 pada saingan disertai 60 pemain itu.
Pusingan kedua akan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 04 2021

Mohd Azizulhasni antara tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya esok. - foto Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.