ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) bersedia dan tekad untuk melakukan apa yang perlu untuk menundukkan Kawasaki Frontale dalam perlawanan kedua mereka menentang Juara Liga J1 itu dalam saingan Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, esok.
Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora, yang meramalkan cabaran getir untuk perlawanan esok, percaya anak buahnya akan melakukan yang terbaik untuk menang ke atas Kawasaki Frontale, terutama selepas seri 0-0 Khamis lepas.
"Kami sudah bersedia.. Saya sendiri bersedia untuk turun ke padang tapi saya tak boleh bermain.
"Pemain JDT sudah bersedia menghadapi cabaran ini. Sudah tentu saya jangkakan pasukan Jepun akan memberi tentangan sengit ekoran sejarah, budaya dan disiplin mereka, mereka akan terus melakukan yang terbaik," katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.
Mora berkata JDT akan mengekalkan identiti pasukan yang sentiasa dahagakan kejayaan dan taktik permainan agresif dalam pertembungan esok.
"Kami akan berdepan pasukan yang sangat sukar esok dan kami akan fokus pada meneruskan evolusi JDT," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Kawasaki Frontale Toru Oniki berkata perlawanan esok penting buat pasukannya memandangkan JDT kini mendahului kedudukan dalam kumpulan dengan tujuh mata.
"Kami seri dalam perlawanan sebelum ini, jadi kami perlu menang dan inilah yang akan menjadi matlamat kami esok.
"Kami akan berusaha untuk menang dan harapnya pasukan akan mampu untuk membawa kemenangan.. dan kami harus menang peringkat kumpulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Pemain JDT Bergson Da Silva cuba melepasi asakan pemain Kawasaki Frontale pada perlawanan Khamis lalu. - Gambar fail/ Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.

ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.

ACL2: Bekas penyerang Selangor bawa Al Hussein ke tangga teratas
Reziq Bani Hani, menjaringkan gol berganda ketika membantu juara Liga Jordan, Al Hussein, ke tangga teratas Kumpulan D dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.

Fahami keupayaan tubuh badan ketika bersukan, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku apabila bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.

ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.

JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga
JDT menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tangga ketiga, di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai selepas membenam BG Pathum United 4-1.

ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat
Ketua pasukan JDT terkilan gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan, malam tadi.

ACL: JDT hidup peluang ke pusingan kedua selepas tewaskan Ulsan Hyundai 2-1
Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan skuad Harimau Selatan kepada kelab bimbingan Hong Myung Bo itu pada pada 24 Okt lepas.

Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri
Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri.

Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.