Al Hussein bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab Uzbekistan, Nasaf, 1-2 di Stadium Markaziy malam tadi.
Dalam perlawanan itu, Sharof Mukhiddinov terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-23 tetapi Reziq kemudian menemui sasaran pada minit ke-31 dan 45 untuk memastikan kemenangan ketiga pasukannya daripada empat perlawanan musim ini.
Kemenangan itu meletakkan Al Hussein di tangga teratas Kumpulan D dengan sembilan mata, dua mata di atas Shabab Al-Ahli manakala Nasaf pula ketiga dengan empat mata. -- Stadium Astro
