KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Esteban Solari ingin melihat pentas akhir Piala Malaysia 2023 sebagai peluang untuk menambah lagi koleksi piala mereka dan mempersembahkan satu lagi aksi berkualiti untuk peminat bola sepak negara.
JDT, juara tiga kali Piala Malaysia akan bertemu Terengganu FC yang mengejar kejuaraan kedua selepas menjulang piala itu pada 2001, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam esok.
Solari berkata selaku jurulatih tumpuannya ialah kepada prestasi pasukan sementara JDT ialah sebuah kelab yang mengejar sebanyak piala yang boleh.
"Sebagai jurulatih, saya melihat kepada prestasi, jika mereka beraksi dengan baik itulah yang saya inginkan, saya tahu untuk kelab ini, kami adalah sebuah kelab pemenang dan kami mengejar kejuaraan sepanjang masa.
Jadi, kami melihat kedua-duanya esok, prestasi dan kejuaraan, mari lihat sama ada kami boleh mendapatkan kedua-duanya," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Solari yang membimbing JDT memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super dalam tahun pertamanya sebagai Jurulatih JDT berkata pasukannya sudah melakukan persiapan untuk final esok sejak 11 bulan lepas.
"Kami melakukan persiapan untuk ini sejak 11 bulan lepas, sekurang-kurangnya sejak berada di sini dan pasukan ini sememangnya mempunyai mentaliti juara dan kesemua pemain tidak sabar-sabar untuk turun padang dan memenangi satu lagi kejuaraan untuk JDT," kata warga Argentina berusia 43 tahun itu.
Mengenai pasukan Terengganu, Solari berkata Skuad Penyu mempamerkan peningkatan ketara dan memiliki banyak pemain berkualiti tetapi beliau menekankan pasukannya hanya perlu melaksanakan arahan dengan baik untuk memastikan kemenangan.
Sementara itu, Kapten JDT Jordi Amat menjangkakan final kali ini merupakan satu perlawanan mencabar.
"Saya ingat semasa bertemu mereka di tempat mereka, separuh masa pertama adalah sukar jadi saya jangkakan sama lebih kurang seperti itu tetapi jurulatih berkata kami akan bermain seperti biasa, menjaga bola, bermain dengan baik dan memberi lebih tumpuan. Esok adalah perlawanan penting dan saya bersedia untuk bermain di sini esok," kata pemain pertahanan itu.
Untuk rekod, Terengganu tewas 0-2 dan 1-3 kepada JDT dalam perlawanan Liga Super musim ini, selain tewas dalam lima perlawanan menentang JDT.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Solari berkata selaku jurulatih tumpuannya ialah kepada prestasi pasukan sementara JDT ialah sebuah kelab yang mengejar sebanyak piala yang boleh. - Gambar fail/Stadium Astro

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.

ACLE: Hotel Pohang Steelers diganggu, balingan mercun tanda perang psikologi?
Persiapan lawan dilaporkan terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.

ACLE: Pohang Steelers tidak gentar 'lautan merah-biru' banjiri SSI
Arkitek Pohang, Han Chan-hee, menjelaskan rakan sepasukannya dalam keadaan bersedia sepenuhnya bagi berhadapan kegamatannya lebih daripada 30,000 penyokong JDT esok.

ACLE: JDT hidangkan kesebelasan terbaik hadapi Pohang Steelers
Pertahanan JDT, Matthew Davies, melaungkan amaran bahawa Pohang Steelers bakal berdepan skuad yang berbeza berbanding pertemuan terakhir mereka pada 2021.

Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.

ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.