TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menunjukkan minat untuk merintis sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) ke Jepun dalam bidang sukan dan ekonomi.
Segmen dalam arena sukan melibatkan pelaburan dan pembelian saham kelab bola sepak di negara matahari terbit itu.
Minat tersebut ditunjukkan menerusi pertemuan dengan wakil Liga Jepun (J League) iaitu Pegawai Eksekutif Korporat (Perniagaan Global), Tetsuya Aida dan Pengurus Besar Takeyuki Oya pada Isnin.
“Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan wakil J League di Tokyo pada Isnin bagi membincangkan kemungkinan baginda melabur dan membeli saham dalam bola sepak Jepun,” tulis satu kenyataan menerusi Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ diiringi Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dan Ketua Unit Komersial JDT, Kevin Ramalingam dalam pertemuan tersebut.
Tunku Ismail berada di Jepun sempena aksi kelima Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara JDT dan Kawasaki Frontale pada Selasa.
Malah lebih menarik kehadiran baginda juga mahu memperluaskan lagi jenama JDT ke Asia Timur selain mengundang pelaburan firma-firma besar Jepun ke negeri Selatan tanah air itu.
“Antara objektif adalah termasuk mengembangkan jenama JDT ke Asia Timur dan menarik syarikat-syarikat besar Jepun untuk melabur di Johor,” katanya.
JDT dalam misi wajib menang ke atas Frontale bagi memastikan Harimau Selatan kekal bersaing dalam saingan tertinggi kelab bola sepak Asia itu.
Saingan bola sepak terbesar Asia itu juga menjadi platform terbaik bagi TMJ untuk mempromosikan potensi Harimau Selatan yang semakin dikenali di Asia serta potensi negeri Johor sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan.
Sebagai rekod, JDT ketika ini menghuni tangga ketiga Liga Juara-Juara Asia dipisahkan enam mata dengan pendahulu kumpulan, Kawasaki.
Saingan domestik pula, skuad kendalian Esteban Solari, yang telah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat 10 kali berturut-turut pada September lalu, kini memimpin liga dengan 70 mata selepas mengharungi 24 perlawanan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 28 2023
TMJ (kanan) berbincang dengan wakil J. League mengenai pelaburan dan pembelian saham kelab bola sepak Jepun. - Foto Facebook Johor Southern Tigers.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang
Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail juga menekankan perlu wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang.
Arif Aiman mahu beri aksi terbaik dalam setiap perlawanan JDT
Arif Aiman tekad pamer aksi terbaik dalam setiap perlawanan skuad Harimau Selatan sama ada bagi saingan tempatan atau di peringkat Asia.
JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
Beliau berkata para pemain tidak memberikan prestasi sepenuhnya, dan mereka perlu memperbaikinya.
Kuching City nyaris sekat tiga mata JDT di laman sendiri
Skuad Harimau Selatan tampil dengan corak taktikal berbeza dan turut merehatkan beberapa pemain utama.
'Kualiti Arif Aiman lebih baik daripada pemain import'
Jamal Nasir berkata, Arif Aiman terus konsisten dalam setiap permainannya malah turut mampu menyaingi ramai pemain import lain dalam JDT.
Tewas kepada JDT: KDN FC ambil positif, fokus pertemuan dengan NSFC
Kelantan Darul Naim FC mengambil sisi positif daripada kekalahan kepada juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
ACLE: Beraksi di sini adalah impian saya - Arif Aiman
Penyerang JDT, Arif Aiman meluahkan bahawa beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian buat dirinya.
Selangor kekal bersih di laman sendiri, atasi Kuching City 4-0
Selangor FC mengekalkan kedudukan sebagai pencabar utama pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila menewaskan Kuching City FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Liga Super: JDT berpesta gol tewaskan Penang FC 5-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kecemerlangan apabila meratah Penang FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.