"Kita tidak boleh biarkan Stadium Nasional (Singapura) bertukar menjadi laman mereka," kata ketua jurulatih skuad Pilihan Singapura, Fandi Ahmad yang mahukan penyokong bola sepak republik itu tampil 'menggegarkan' gelanggang tersebut esok.
"Saya harap penyokong akan hadir menunjukkan sokongan kepada pemain dan pasukan Pilihan Singapura terutama selepas mendengar Selangor akan membawa ribuan penyokong mereka," katanya.
Pilihan Singapura akan beraksi menentang Selangor PKNS dalam aksi utama merebut Piala Sultan Selangor selepas kelab itu dipilih membawa cabaran negeri tersebut.
Sehingga akhir bulan lepas, hampir 16,000 tiket telah dijual, kurang 9,000 daripada sasaran penganjur dan daripada itu 10,000 tiket dibeli penyokong Selangor, sekali gus mencetuskan kebimbangan kepada skuad Pilihan Singapura.
"Ia pasti satu perlawanan menarik untuk disaksikan," kata Fandi dalam satu kenyataan yang diletakkan dalam laman web Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
Skuad Singa itu memerlukan 'Sorakan Kallang' dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang diperoleh hasil kemenangan 4-3 ke atas Selangor menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Shah Alam tahun lepas.
Menurut Fandi yang anaknya Irfan turut tersenarai dalam skuad itu, pasukan bimbingannya adalah gandingan pemain muda dan berpengalaman, serta beberapa pemain import berkualiti dalam Liga Singapura.
Edisi ke-16 kejohanan ini kembali diadakan di Singapura sejak 2009 dan yang pertama kali dilangsungkan di Hab Sukan Singapura.
Seperti biasa, perlawanan pembuka tirai membabitkan Veteran Singapura dan Veteran Selangor akan diadakan sebelum aksi utama itu.
Bekas ketua pasukan Singapura, Samad Allapitchay, Malek Awab, Shahri Rahim, E.Manimohan, Steven Tan dan Razali Saad adalah antara pemain yang akan beraksi untuk Veteran Singapura.
Satu perlawanan merebut Piala Cabaran Sekolah Singapura-Selangor juga diperkenal untuk kali pertama tahun ini di mana skuad bawah 16 tahun Sekolah Sukan Singapura akan menentang pasukan Gabungan Sekolah Selangor, sebelum aksi dua pasukan veteran itu.
Selangor dan Singapura pernah bertemu dalam 17 final Piala HMS Malaya dan enam perlawanan akhir Piala Malaysia, sehinggakan perseteruan kedua-dua pasukan menjadi kenangan peminat bola sepak.
Berikutan ketiadaan Singapura daripada Liga Malaysia sejak 1995, kehebatan saingan kedua-dua pasukan tetap ditagih peminat.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada ketika masih menjadi Raja Muda memperkenalkan Piala Raja Muda pada 2001 yang membabitkan kedua-dua pasukan itu bagi meneruskan perseteruan mereka yang hebat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2017

FANDI: Saya harap penyokong akan hadir menunjukkan sokongan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.