KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Para Kebangsaan, R. Jaganathan kesal apabila emosi jaguh pecut para, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi 'dimainkan' dalam isu kontrak jurulatih yang tidak disambung baru-baru ini.
Jaganathan berkata, perkhabaran beliau tidak akan meneruskan tanggungjawabnya membimbing skuad olahraga para kebangsaan telah sampai kepada Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dengan panggilan 'Dek Wan', tanpa pengetahuannya.
Malah, menurutnya, ketika itu beliau sendiri belum sempat berjumpa dan memaklumkan kepada pemenang pingat emas 100 meter (m) kategori lelaki T36 (cerebral palsy) Sukan Paralimpik Rio 2016 itu, bahawa kontraknya sebagai ketua jurulatih tamat hujung tahun lalu tidak disambung.
"Saya secara peribadi tidak bagi tahu beliau (Mohamad Ridzuan) kontrak saya akan tamat, jadi isu ini bangkit sebab wartawan datang dan mainkan perasaan dia.
"Ini semua salah faham, wartawan datang dan beritahu semuanya, jika mereka datang kepada saya secara peribadi saya akan terangkan dari A-Z," katanya pada sidang media Status Pelantikan Jurulatih Para Olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.
BACA: Kontrak Jaganathan tidak disambung, bakal galas tugas baharu
Pada sidang media tersebut, MSN mengesahkan kontrak jurulatih berusia 64 tahun itu tidak disambung bagi memberi laluan kepada jurulatih lebih muda dengan tugas ditinggalkan Jaganathan akan digalas pembantunya, Ahmad Rafee Arifin.
Sebelum ini, isu rayuan Jaganathan untuk terus kekal dengan jawatannya menjadi tumpuan susulan reaksi Mohamad Ridzuan yang tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai nasib jurulatihnya itu ketika temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta.
"Mengenai perhubungan saya dengan atlet khususnya Mohamad Ridzuan, sudah tentu perasaan sedih itu timbul kerana kami telah lama bersama, saya yakin bahawa beliau memahami keadaan ini dan merestui persaraan saya.
"Jadi selepas ini jika terdapat sebarang persoalan, wartawan boleh berhubung dengan jurulatih terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan atlet. Atlet ada perasaan. Kita perlu kerja seiring, cakap dahulu dengan jurulatih kemudian mereka akan beri taklimat kepada anda semua," kata Jaganathan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, selain berhubung dengan jurulatih dan persatuan sukan, badan induk itu juga boleh menjadi sumber rujukan.
"Kalau boleh jika ada sesuatu yang tidak jelas, kami (MSN) berharap mereka dapat semak semula, baik dengan jurulatih mahupun persatuan dan daripada MSN sendiri," katanya.
Beliau berkata, pihaknya telah menjangkakan isu tersebut akan menjadi perhatian, namun MSN tidak membuat keputusan secara bersendirian, sebaliknya ia berdasarkan persetujuan dan keputusan bersama banyak pihak demi kepentingan negara. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022

R. Jaganathan kesal apabila emosi jaguh pecut para, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi 'dimainkan' dalam isu kontrak jurulatih yang tidak disambung baru-baru ini.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Ini semua salah faham, wartawan mainkan perasaan Dek Wan..." - Jaganathan
Dek Wan dapat berita kontrak jurulatihnya, Jaganathan tidak disambung daripada wartawan.

Paralimpik Tokyo 2020: Trek licin, Dek Wan akui hampir terjatuh
Biarpun mengakhiri kempen kedua Paralimpik tanpa sebarang pingat, semangat 'Dek Wan' masih membara untuk menyertai kejohanan mendatang termasuk Paris 2024.