KUALA LUMPUR: Jaguh lompat tinggi negara dan bekas juara Asia Lee Hup Wei hari ini mengumumkan persaraannya selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga.
Hup Wei mengucapkan selamat tinggal kepada sukan yang diceburinya sejak berusia 17 tahun itu dengan pelbagai koleksi pencapaian membanggakan, seperti kejayaan meraih pingat emas Kejohanan Asia 2007 di Amman, Jordan dan empat pingat emas Sukan SEA.
Sepanjang kariernya bersama kem olahraga kebangsaan, atlet kelahiran Kajang itu telah membuat tiga penampilan di temasya Sukan Olimpik, iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020.
Beliau yang akan menginjak usia 35 tahun Mei ini, turut beraksi dalam tiga temasya Sukan Asia iaitu Doha 2006, Guangzhou 2010 dan Jakarta-Palembang 2018, selain dua penampilan di Sukan Komanwel iaitu New Delhi 2010 dan Gold Coast 2018.
Di peringkat Asia Tenggara, Hup Wei membuat lima penampilan di Sukan SEA bermula edisi Korat 2007 (emas), Vientiane 2009 (emas), Jakarta-Palembang 2011 (emas), Kuala Lumpur 2017 (perak) dan Manila 2019 (emas).
"Saya Lee Hup Wei, bersara hari ini dan dan saya berterima kasih pada ahli keluarga saya; mak saya, kakak dan isteri, bagaimana sukarnya untuk saya, mereka sentiasa berada di belakang memberikan sokongan kepada saya sentiasa.
"Keduanya saya berterima kasih kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MOM ( Majlis Olimpik Malaysia), MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara), MAF (Persekutuan Olahraga Malaysia) dan Tentera Laut saya (Tentera Laut Diraja Malaysia)," katanya dalam satu sidang media mengumumkan persaraannya hari ini.
Catatan lompatan terbaik peribadi Hup Wei sepanjang 18 tahun mewarnai dunia sukan olahraga negara adalah 2.29 meter (m) yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Dunia 2019 di Doha, Qatar.
Beliau juga berjaya mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia mara ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu, sejak diperkenalkan pada 1938 oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
Sebagai rekod, Hup Wei sebelum ini telah memberi bayangan untuk bersara ketika beraksi di Sukan SEA Manila, apabila tidak menolak kemungkinan ia bakal menjadi penampilan terakhirnya di temasya sukan dwitahunan itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini Hup Wei yang bertekad menamatkan kariernya tahun ini berkata sekiranya tidak terpilih ke Sukan SEA Hanoi di Vietnam, Mei depan, beliau akan mengambil keputusan untuk bersara.
Beliau dijangka menjadi jurulatih skuad pelapis lompat tinggi negara, serta merancang membuka akademinya sendiri dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berbakat yang mampu mengharumkan nama negara pascapersaraannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Lee Hup Wei ketika sidang media mengenai pengumuman persaraannya di Stadium Majlis Sukan Negara Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hup Wei umum persaraan selepas 18 tahun harumkan nama Malaysia
Jaguh lompat tinggi negara dan bekas juara Asia Lee Hup Wei hari ini mengumumkan persaraannya selepas 18 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga.

KBS teliti permohonan jurulatih peribadi Lee Hup Wei
KBS sedang meneliti permohonan jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei untuk mendapatkan khidmat jurulatih peribadi bagi persediaan ke Sukan Olimpik di Tokyo, Julai ini.

Manshahar tidak mahu letak tekanan kepada Nauraj Singh
Nauraj Singh Randhawa kini sedang memburu slot ke Sukan Olimpik di Tokyo, Julai hadapan.

Jaguh lompat tinggi Olimpik Rusia 'mangsa' terbaru ujian doping
ROC dedahkan 14 atletnya yang beraksi di sukan Olimpik Beijing 2008, termasuk Chicherova dan sembilan lagi penyumbang pingat, positif dalam ujian doping.