PORTUGAL 3 SEPANYOL 3
Tiga gol daripada Cristiano Ronaldo membolehkan Portugal menafikan hasrat Sepanyol untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Kumpulan B, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan memulakan aksi di Stadium Olimpik Fisht dengan misi meraih kemenangan, terutamanya selepas masing-masing gagal melepasi peringkat kumpulan dalam saingan empat tahun lalu.
Bagaimanapun, Portugal yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keempat, selepas skuad bimbingan Fernando Santos dianugerahkan sepakan penalti susulan tindakan Nacho Fernandez menjatuhkan Ronaldo.
Penggempur Real Madrid itu tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan peluang tersebut, sekaligus menewaskan penjaga gol, David De Gea.
Kedudukan 1-0 hanya bertahan selama 20 minit, apabila Diego Costa menjaringkan gol penyamaan buat Sepanyol pada minit ke-24, menggelecek tiga pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan melepasi Rui Patricio walaupun penyerang Atletico Madrid itu dilihat mengasari Pepe, sebelum itu.
Andres Iniesta hampir meletakkan La Roja di depan pada minit ke-34 menerusi rembatan leret kaki kiri selepas menerima hantaran Jordi Alba, namun percubaan pemain veteran Barcelona itu sekadar sipi di sebelah kiri pintu gol lawan.
Sebaliknya, Portugal menambah gol kedua ketika separuh masa pertama berbaki seminit, sekali lagi menerusi Ronaldo setelah tendangan deras kaki kirinya gagal ditampan De Gea dengan kemas, membolehkan Portugal mendahului 2-1 dalam 45 minit yang pertama.
Bersambung babak kedua, Sepanyol hanya memerlukan sembilan minit untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan kedua peribadi Costa.
Bola sepakan percuma David Silva dari luar kotak penalti ditanduk oleh Sergio Busquets sehingga memberikan ruang buat bekas pemain Chelsea itu untuk mudah menolak masuk, menjadikan kedudukan 2-2.
Belum sempat Portugal memperkemaskan permainan, Sepanyol menambah jaringan untuk meraih pendahuluan buat kali pertama pada minit ke-57.
Nacho menebus kesilapannya menghadiahkan penalti buat lawan sebelum ini, apabila melepaskan sepakan separuh voli menerusi kaki kanan, menyaksikan bola percubaannya terkena tiang sebelum masuk ke gawang dan membuatkan Patricio tewas buat kali ketiga.
Ronaldo berpeluang untuk mengikat kedudukan 3-3 menerusi sepakan percuma pada minit ke-88 dan dia menggunakan kesempatan itu untuk mencatat hatrik pertama di Piala Dunia 2018 menerusi tendangan kencang yang tepat menerjah jaring gol.
Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekaligus memberikan kedua-dua pasukan satu mata selepas aksi pertama Kumpulan B.
Astro Arena
Fri Jun 15 2018
![Hatrik Ronaldo buat Sepanyol kempunan Hatrik Ronaldo buat Sepanyol kempunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529097096_cronlado.jpg)
Ronaldo tidak berdepan masalah menyempurnakan peluang, sekali gus menewaskan penjaga gol, David De Gea. - Foto Astro ARENA
![Imigresen serbu kondominium, tahan 38 PATI Imigresen serbu kondominium, tahan 38 PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723194316_HandcuffGari.jpg)
Imigresen serbu kondominium, tahan 38 PATI
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 38 pendatang tanpa izin terdiri 29 lelaki dan sembilan wanita dalam serbuan di dua blok kondominium di sini hari ini.
![Banci Pertanian 2024: Lebih 420,000 tempat kediaman sektor pertanian selesai dibanci Banci Pertanian 2024: Lebih 420,000 tempat kediaman sektor pertanian selesai dibanci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723193662_TBpertanian.jpg)
Banci Pertanian 2024: Lebih 420,000 tempat kediaman sektor pertanian selesai dibanci
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah selesai melakukam bancian terhadap 423,195 tempat kediaman iaitu 35.3 peratus yang terlibat dalam sektor pertanian, dalam tempoh 34 hari.
![Penerbangan Scoot ke LTAM beri impak positif kepada pelancongan Melaka Penerbangan Scoot ke LTAM beri impak positif kepada pelancongan Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712329870_abraufyusoh.jpg)
Penerbangan Scoot ke LTAM beri impak positif kepada pelancongan Melaka
Selain mengaktifkan semula operasi LTAM, ia turut menjayakan hasrat kerajaan negeri dalam merealisasi kedatangan 18.7 juta pelancong.
![KPKM sokong projek pengeluaran kerbau di Sarawak KPKM sokong projek pengeluaran kerbau di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723193067_tbJelajahMAHA.jpg)
KPKM sokong projek pengeluaran kerbau di Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam memajukan projek pengeluaran tenusu dan pedaging kerbau di kawasan Meragang, bahagian utara negeri itu.
![Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637065121_adele.jpg)
Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."
![Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723192060_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan terbuka bincang jika Sabah perlu peruntukan tambahan - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang sekiranya Sabah memerlukan peruntukan tambahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Jualan sektor pembuatan naik 3.7 peratus kepada RM921.5 bilion 6 bulan pertama 2024 - Perangkaan Jualan sektor pembuatan naik 3.7 peratus kepada RM921.5 bilion 6 bulan pertama 2024 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723186340_TBBNM.jpg)
Jualan sektor pembuatan naik 3.7 peratus kepada RM921.5 bilion 6 bulan pertama 2024 - Perangkaan
Jualan sektor pembuatan Malaysia bagi tempoah Januari-Jun 2024 mencecah RM921.5 bilion, meningkat 3.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Israel keluarkan arahan pemindahan terbaharu
Tentera Israel mengumumkan arahan pemindahan terbaharu kepada penduduk Palestin di beberapa daerah di timur dan tengah Khan Younis. Helah terbaharu yang dikeluarkan tentera Zionis itu berpaksikan kepada dakwaan bahawa beberapa pihak perlu bertanggungjawab susulan puluhan roket yang dilepaskan dari kawasan itu ke arah Israel.
Negara pengantara seru Israel dan Hamas segera berbincang
Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat dilaporkan menyeru Israel dan Hamas untuk menyambung semula rundingan bagi mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
'Bos bayar penginapan kami' - PATI
Pendatang Asing tanpa izin (PATI) didakwa beramustatin tetap secara haram di Malaysia, sambil dibiayai oleh majikan sendiri.
Taktik itu dikesan hasil operasi yang dijalanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pangsapuri di Segambut, pada Jumaat.
Taktik itu dikesan hasil operasi yang dijalanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pangsapuri di Segambut, pada Jumaat.
![Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026 - Alex Ferguson Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026 - Alex Ferguson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720835300_CristianoRonaldo.jpg)
"Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026" - Alex Ferguson
Ferguson percaya Ronaldo sudah memiliki segalanya sepanjang karier bola sepaknya.
![Gerrard ajak Lionel Messi sertai Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi Gerrard ajak Lionel Messi sertai Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720487519_LionelMessi.jpg)
Gerrard ajak Lionel Messi sertai Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi
Gerrard berkata 'mimpi jadi kenyataan' bagi Lionel Messi untuk mengikuti jejak langkah Cristiano Ronaldo ke Liga Pro Saudi.
![EURO 2024: Tiada langsung keraian 'Siuuu' daripada Ronaldo EURO 2024: Tiada langsung keraian 'Siuuu' daripada Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720219467_tbEuro.jpg)
EURO 2024: Tiada langsung keraian 'Siuuu' daripada Ronaldo
Desas-desus mengatakan bahawa ini adalah penampilan terakhirnya mewakili skuad kebangsaan dalam EURO berkemungkinan menjadi kenyataan.
![EURO 2024: Cristiano Ronaldo akan bangkit tebus kekecewaan - Brown EURO 2024: Cristiano Ronaldo akan bangkit tebus kekecewaan - Brown](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720065939_CristianoRonaldo.jpg)
EURO 2024: Cristiano Ronaldo akan bangkit tebus kekecewaan - Brown
Ronaldo akan bangkit untuk menebus kekecewaannya dan mempamerkan perstasi terbaik berikutan mentaliti elit yang dimilikinya, demikian kata bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Wes Brown.
![EURO 2024: Kadar degupan jantung bukti Ronaldo mampu kawal emosi pada saat genting EURO 2024: Kadar degupan jantung bukti Ronaldo mampu kawal emosi pada saat genting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720065717_TBRONALDO.jpg)
EURO 2024: Kadar degupan jantung bukti Ronaldo mampu kawal emosi pada saat genting
KADAR denyutan jantung Cristiano Ronaldo telah direkodkan ketika Portugal melakar kemenangan ke atas Slovenia -- dan keputusannya sangat menarik.
![EURO 2024: Jude Bellingham akui gol cantik Cristiano Ronaldo jadi inspirasi EURO 2024: Jude Bellingham akui gol cantik Cristiano Ronaldo jadi inspirasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719783357_JudeBellingham.jpg)
EURO 2024: Jude Bellingham akui gol cantik Cristiano Ronaldo jadi inspirasi
Bellingham mengakui ketika dia berada di udara, dia membandingkan dirinya dengan bekas penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
![EURO 2024 penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas Eropah EURO 2024 penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719968350_CristianoRonaldo.jpg)
EURO 2024 penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas Eropah
Ronaldo beraksi dalam kejohanan utamanya yang ke-11 dan ini kali pertama dia gagal menjaringkan sebarang gol di peringkat kumpulan.
![EURO 2024: Martinez tabik Cristiano Ronaldo, Diogo Costa pacu Portugal EURO 2024: Martinez tabik Cristiano Ronaldo, Diogo Costa pacu Portugal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719881666_EURO.jpg)
EURO 2024: Martinez tabik Cristiano Ronaldo, Diogo Costa pacu Portugal
Martinez beri penghormatan kepada Cristiano Ronaldo dan Diogo Costa, selepas Portugal berjaya mara ke suku akhir EURO 2024.
![EURO 2024: Portugal singkir Slovenia dengan kemenangan penuh drama EURO 2024: Portugal singkir Slovenia dengan kemenangan penuh drama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719875962_CristianoRonaldo.jpg)
EURO 2024: Portugal singkir Slovenia dengan kemenangan penuh drama
Kemenangan 3-0 melalui penentuan sepakan penalti membawa Portugal melangkah ke peringkat suku akhir saingan EURO 2024.
![EURO 2024: Pepe yakin Cristiano Ronaldo kembali temui sentuhan berbisa EURO 2024: Pepe yakin Cristiano Ronaldo kembali temui sentuhan berbisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719634285_EURO.jpg)
EURO 2024: Pepe yakin Cristiano Ronaldo kembali temui sentuhan berbisa
Prestasi Cristiano Ronaldo akan kembali ke asal tidak lama lagi selepas kempen mengecewakannya bersama Portugal dalam EURO 2024 setakat ini.