JUDE Bellingham mengakui dia "berasa bagaikan Cristiano Ronaldo" ketika menjaringkan sepakan akrobatik untuk menghantar England ke masa tambahan sebelum mengatasi Slovakia dalam pusingan 16 EURO 2024, semalam.

Skuad The Three Lions di ambang penyingkiran Kejohanan Eropah sebelum ledakan Bellingham itu terhasil pada minit ke-95.

Harry Kane kemudian menjamin gol kemenangan England pada minit pertama masa tambahan dan ketua pasukan itu kemudiannya menyifatkan jaringan Bellingham tersebut sebagai salah satu yang terbaik dalam sejarah England.



Bellingham mengakui ketika dia berada di udara, dia membandingkan dirinya dengan bekas penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, yang menjaringkan gol ikonik untuk Los Blancos dalam final Liga Juara-Juara (UCL) 2018.

"Naluri melebihi segala-galanya," katanya ketika bercakap dalam rancangan 'Diary Room' England.

"Hantaran itu jatuh dari tempat yang sempurna dan ia sedikit membelakangi saya.

"Apabila saya berada di udara, saya fikir, 'Saya berada enam kaki dari tanah, dan ia seperti Ronaldo!' Tetapi apabila saya menontonnya semula, saya mendapati satu tangan saya masih mencecah tanah jadi ia bukan yang paling akrobatik.

"Tetapi ia adalah tendangan yang baik. Sudah pasti ia salah satu detik paling penting yang tidak akan dapat dilupakan dalam kerjaya setakat ini."

*Artikel disiarkan di Stadium Astro