KEDAH DARUL AMAN 1 PERAK 0

Usaha Perak untuk kekal dalam Liga Super musim depan semakin tipis apabila gagal membawa pulang tiga mata dari Stadium Darulaman semalam, ketika aksi saingan elit itu berbaki dua perlawanan lagi.

Gol tunggal penyerang import Kedah Darul Aman, Kpah Sherman, menerusi tandukan pada minit ke-19 sudah memadai dalam 'derby' utara itu untuk skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tersebut mengukuhkan tempat ke pentas Asia 2022, secara tidak langsung menyaksikan Perak terperosok di kedudukan kedua tercorot liga - tahun ke-100 penubuhan selain tidak pernah tergelincir ke saingan Liga Perdana.

Selepas mengatur percubaan daripada Sherman yang tersasar, The Bos Gaurus menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan pada minit ke-22.

 
Sumber Facebook kdafc.my

Penyerang kelahiran Liberia itu sekali lagi menjadi duri dalam daging pelawat pada minit ke-22 apabila larian derasnya dijatuhkan oleh penjaga gol, Azri Ghani, namun tugas yang diambil ketua pasukan Lang Merah, Baddrol Bakhtiar, terkena tiang untuk gol peribadinya yang ke-121 dalam kancah Liga Super.

Anak buah Shahrul Nizam Mustapa itu cuba bangkit hasil percubaan daripada Izzuddin Roslan 17 minit kemudian, tetapi ia hanya menyemarakkan semangat Kedah untuk mendapatkan gol kedua.

Bagaimanapun, jaringan Rizal Ghazali pada minit ke-67 dibatalkan susulan ofsaid.

 
Sumber Facebook malaysianfootballleague

Dalam aksi di Shah Alam pula, Sabah terus longlai buat kali ketiga berturut-turut apabila tersungkur 0-4 kepada pasukan di tangga terbawah, UiTM.

Pemain Filipina, Manuel Ott , menyekat hasrat Selangor untuk memungut mata penuh apabila jaringannya , empat minit dalam masa kecederaan memadam kelebihan tuan rumah yang di depan melalui Hein Htet Aung pada minit ke-18.

Dalam perlawanan Liga Perdana, Kuching City akur terikat 1-1 dengan Selangor II.