KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memberi jaminan bahawa Malaysia akan membalas dendam selepas kalah 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat, awal pagi tadi.
Ini adalah kekalahan pertama skuad negara pada kempen kelayakan kali ini dan akan berentap dengan pasukan ranking ke-80 dunia itu sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, meskipun tidak mempunyai persediaan yang ideal menjelang pertemuan dengan Oman namun anak buahnya memberikan yang terbaik sebelum akur dengan kekalahan tersebut.
Bagaimanapun, jurulatih berusia 54 tahun itu tetap positif dalam menyediakan pasukan terbaik dalam tempoh yang ada untuk perlawanan di tempat sendiri.
" Kami perlu mengkaji semula corak permainan dengan pantas, cepat pulih dari segi fizikal dan bersedia untuk satu lagi perlawanan di gelanggang sendiri. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Beliau berkata, perlawanan di laman sendiri akan memberi kelebihan kepada pasukan negara dan berharap pemain mampu mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagi meneruskan misi layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
"Perlawanan di tempat sendiri sepatutnya berbeza. Bagaimanapun, kami mesti mengekalkan harapan dalam apa jua keadaan, kami mempunyai tiga perlawanan lagi," katanya.
Mengulas perlawanan tadi, Pan Gon berkata, soal pemain kekurangan 'match fitness' atau kecergasan perlawanan adalah tidak normal dan enggan menggunakan ia sebagai alasan untuk menutup kelemahan pasukan.
Selain itu, beliau rasa pasukannya perlu mengubah pendekatan untuk mencari sekurang-kurangnya satu mata apabila bermain di tempat lawan.
Kekalahan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos itu menyaksikan skuad Harimau Malaya hilang status sebagai pendahulu Kumpulan D apabila jatuh di tangga ketiga meskipun berkongsi enam mata bersama Oman yang merampas kedudukan berdasarkan perbezaan gol dan Kyrgyzstan di tempat kedua manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Kim Pan Gon beri jaminan Malaysia akan membalas dendam selepas kalah 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat, awal pagi tadi. - Gambar fail Bernama
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.