Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya mampu menebus kekecewaan pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Sabtu depan, setelah sekadar seri 2-2 di tempat sendiri dalam aksi final pertama malam tadi.
Cheng Hoe mengakui anak buahnya bermula baik dalam tempoh 10 minit perlawanan, sebelum hilang tumpuan sekali gus membolehkan Vietnam menjaringkan dua gol selepas 25 minit perlawanan, lapor Bernama.
Namun, beliau optimis skuad negara mampu meraih keputusan positif pada aksi timbal balik di Hanoi itu.
"Secara keseluruhan kita bermain dengan baik tetapi kita membenarkan dua jaringan mudah pasukan lawan. Kita bermula baik sebelum pemain hilang tumpuan.
"Namun kita masih mempunyai 90 minit dan saya positif dan optimis untuk perlawanan di Hanoi," beliau dipetik berkata pada sidang media selepas perlawanan itu.
Skuad Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan dua gol, sebelum pemain pertahanan Shahrul Mohd Saad menanduk masuk bola untuk gol pertama diikuti jaringan menerusi sepakan percuma menarik diambil Muhammad Safawi Rasid untuk menyamakan kedudukan 2-2.
BACA: Piala AFF Suzuki: Malaysia ikat Vietnam 2-2
Sementara itu, Ketua Jurulatih Vietnam Park Hang-Seo dilaporkan kecewa dengan keputusan perlawanan malam tadi, walaupun pasukannya berjaya menjaringkan dua gol di tempat lawan.
"Saya agak kecewa dengan keputusan seri ini di tempat lawan, dan kita perlu melakukan lebih baik di Hanoi," katanya.
Sementara itu, Muhammad Safawi mengakui perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu merupakan aksi paling berintensiti tinggi bagi skuad negara sepanjang kempen Piala AFF Suzuki edisi kali ini.
"Saya merasakan perlawanan ini sengit dan kita juga bolos awal, jadi itu memberi sedikit tekanan.
"Tetapi kami berjaya menyamakan kedudukan dan saya gembira menjaringkan gol kedua hasil bantuan rakan sepasukan. Kita ada 90 minit lagi untuk cuba melakukan yang terbaik dan dapatkan keputusan positif," katanya.
Astro Awani
Tue Dec 11 2018
Tan Cheng Ho (kanan) memberi arahan ketika anak buahnya menentang pasukan Vietnam pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. -- fotoBERNAMA
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan
Suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada Rabu di sekitar kawasan Razak Mansion.
Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30
Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).