PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin optimis Harimau Malaya mampu mengatasi Kyrgyzstan dan Taiwan dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Beliau berkata peluang dilihat lebih seimbang untuk skuad kendalian Kim Pan Gon apabila melayan kunjungan Oman di laman sendiri pada Mac tahun depan.
Berdasarkan prestasi Harimau Malaya sejak kebelakangan ini, Hamidin berkata keyakinannya terhadap kemampuan skuad negara berada pada tahap lebih 50 peratus untuk mara ke peringkat seterusnya bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
"Kita usaha cukup tinggi dan pasukan ini boleh makan Kyrgyzstan dan Taiwan, Oman pula 50-50 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini merupakan ujian buat Pan Gon memandangkan kita akan main di laman sendiri dan di luar pada pusingan kelayakan nanti.
"Kalau tanya saya, ada keyakinan 55 peratus. Sebagai presiden saya perlu yakin, ini bukan main-main tetapi semua kena buat kerja dari jurulatih, pegawai, pemain dan kakitangan. Bagaimanapun, itu semuanya dengan izin Allah SWT," katanya kepada pemberita di sini.
Pada masa sama, beliau turut mencabar barisan pemain serta kejurulatihan agar mara sejauh mungkin dalam peringkat Kelayakan Piala Dunia 2026.
Malaysia membuka tirai saingan Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan yang menduduki ranking ke-97 dunia Khamis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi di tempat lawan menentang Taiwan (ranking ke-152) pada 21 Nov.
Selepas dua perlawanan bulan ini, Malaysia berkedudukan ke-137, dijadual bertemu pasukan ke-72 dunia Oman di tempat lawan dan sendiri tahun hadapan masing-masing pada 21 dan 26 Mac, bertemu Kyrgyzstan di Bishek (6 Jun) dan Taiwan (11 Jun) di Malaysia.
Mengikut format saingan, dua pasukan terbaik kumpulan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan layak ke Piala Asia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan bermain dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.
Sementara itu, Hamidin menuntut para pemain Harimau Malaya mengekalkan konsistensi ketika menentang pasukan dari Asia yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada mereka selepas ini.
"Saya dapat lihat apabila berdepan pasukan yang besar, semangat dan keyakinan pasukan negara lebih tinggi," katanya.
Malaysia sebelum ini pernah mencatat keputusan memberangsangkan mengikat dua pasukan di kelompok 100 dunia iaitu Syria 2-2 dan China 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada September lepas diikuti menang 4-2 ke atas India (102 dunia) pada Pestabola Merdeka 2023 bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Hamidin menuntut para pemain Harimau Malaya mengekalkan konsistensi ketika menentang pasukan dari Asia yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada mereka. - Gambar fail/Bernama
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Kelayakan Piala Dunia 2026: Meskipun dilanda krisis, perjuangan Palestin buat Son Heung-min terharu
Pemain berusia 32 tahun itu memuji ketabahan skuad Palestin masih mampu mempamerkan persembahan terbaik meskipun tidak beraksi di laman sendiri.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Bahrain mohon tukar venue, terima ancaman penyokong Indonesia
Perkara tersebut disuarakan selepas tindakan penyokong Indonesia yang berang dengan keputusan 2-2 ketika bertemu Bahrain 11 Oktober lalu.
Kelayakan Piala Dunia 2026: China buat Indonesia berputih mata
Kedua-dua pasukan turun dalam aksi malam tadi mencari kemenangan bagi membuka peluang mereka untuk membawa cabaran ke peringkat seterusnya.
Indonesia kini huni tangga 129 dunia, pintas kedudukan Malaysia
Indonesia memperbaiki kedudukan ranking selepas mempamerkan kejutan mengikat dua gergasi bola sepak dunia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara Palestin dan Jordan di Malaysia
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Palestin dan Jordan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 10 Sept depan.
Buktikan mampu menang tanpa Faisal, Arif Aiman
Sulaiman berkata, ketiadaan kedua-dua pemain itu membuka ruang buat pemain lain yang dipanggil untuk menyerlahkan keupayaan mereka.
Kekalahan kepada Oman bukan pengakhiran - Pan Gon
Keajaiban diharap pada perlawanan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan saingan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Misi Harimau Malaya pertahan rekod tanpa kalah di Muscat mencabar
Malaysia berpeluang meneruskan aksi sensasi ketika berdepan Oman, pada perlawanan ketiga Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat.
Aksi menentang Oman penting buat Harimau Malaya - Josue
Kemenangan dalam kedua-dua pertemuan itu boleh menjadi kejayaan bersejarah, pertama kali Malaysia ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia.
Mukhairi mahu kembali perkuat skuad Harimau Malaya
Mukhairi sedia memberikan segalanya bagi merebut tempat dalam skuad bimbingan Kim Pan Gon yang akan meneruskan cabaran Kumpulan D bulan ini.