KUALA LUMPUR: Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan kekal sebagai kejohanan badminton paling lumayan di dunia dengan badan induk dunia itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$11.5 juta (kira-kira RM53.73 juta) mulai tahun ini hingga 2026.
Menurut BWF, jumlah hadiah wang tunai keseluruhan bagi tahun ini dan tahun depan ialah AS$2.5 juta (RM11.68 juta) setiap satu, manakala AS$3 juta (RM14.01 juta) akan diberikan kepada pemenang edisi 2025 diikuti oleh AS$3.5 juta (RM16.35 juta) pada edisi 2026.
Sejumlah AS$1.5 juta (RM7 juta) diberikan kepada semua pemenang edisi 2022 di Nimibutr Arena, Bangkok.
Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund, berkata suntikan wang hadiah tersebut adalah peningkatan ketara untuk keseluruhan komuniti badminton.
"Ini merupakan komitmen keseluruhan yang lebih besar kepada pemain dan menyumbang kepada peningkatan produk sukan bertaraf dunia yang kami kehendaki," katanya dalam kenyataan hari ini.
Final Jelajah Dunia BWF 2023 akan berlangsung di Hangzhou, China dari 13 hingga 17 Dis ini.
Di penghujung kalendar tahunan Jelajah Dunia BWF, hanya 8 pemain perseorangan atau beregu yang berada pada ranking teratas akan layak secara automatik.
Bagaimanapun, setiap negara hanya boleh diwakili maksimum dua pemain perseorangan/beregu mengikut acara.
Pemain yang layak ke Final Jelajah Dunia BWF tahun ini akan ditentukan selepas kejohanan China Masters 2023 di Shenzhen dari 21 hingga 26 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Final Jelajah Dunia BWF kekal sebagai kejohanan badminton paling lumayan di dunia dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan AS$11.5 juta. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Liga Arab desak Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin
"Deklarasi Balfour terus menjadi luka yang mendalam dalam hati nurani manusia akibat Nakba yang dialami oleh rakyat Palestin."
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".
Kiddocare: Transforming Childcare with Tech, Trust and Empowerment
On-demand platform Kiddocare is not only meeting the rising need for flexible childcare solutions but also empowering women by creating real job opportunities in a sector often viewed as informal. Founder and CEO Nadira Yusoff takes us through her exciting plans to launch childcare centres and expand regionally, all while striving to professionalise the childcare industry.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.
Thinaah tak sabar kembali berlatih bersama Rosman
Rosman individu penting yang berjaya mengubah karier Thinaah daripada pemain perseorangan sehingga muncul antara beregu terbaik dunia.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Legenda badminton Taufik Hidayat jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia
Pemain badminton lagenda Indonesia, Taufik Hidayat dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wamenpora) dalam Kabinet Merah Putih di bawah pemerintahan Presiden Prabowo Subianto.
Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama Terbuka Denmark 2024
Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.
Aaron-Khai Xing juara Remaja Dunia, tamat kemarau 13 tahun
Aaron-Khai Xing muncul juara remaja dunia selepas mengharungi pertarungan rubber set selama 65 minit menentang pasangan tuan rumah.
Terbuka Artik 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final
Beregu profesional lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berpeluang untuk meraih gelaran ketiga mereka tahun ini selepas mara ke final Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland hari ini.
Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.