Penyerang pasukan Bawah-22 tahun Kebangsaan (U-22) Hadi Fayyadh Abdul Razak, teruja untuk bermain perlawanan pertamanya di Division 2 Liga Professional Jepun (Liga J) selepas 12 bulan bertungkus lumus untuk layak bermain bersama pasukan utama Fagiano Okayama.
Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berusia 19 tahun itu, baru-baru ini telah bersetuju dengan penyambungan kontrak, untuk terus bersama Fagiano Okayama untuk satu tahun lagi, sehingga Disember 2020.
Hadi Fayyadh yang mengalami kecederaan hamstring selama dua bulan, selain menghadapi masalah perhubungan kerana bahasa, kini berharap untuk melupakan perkara itu bagi memastikan tempat dalam pasukan utama sekerap mungkin.
Beliau berhasrat untuk membantu Fagiano Okayama, meningkat ke liga tertinggi iaitu Liga J1 pada 2021.
"Tentunya (akan buat penampilan pertama) kerana tahun ini saya alami kecederaan untuk beberapa bulan, jadi ia agak sukar bagi saya. Saya berharap semua berjalan sebaiknya musim hadapan, dengan sasaran saya untuk bekerja keras untuk kelab saya dan negara. Saya berharap untuk buat penampilan untuk pasukan dan menjaringkan sebanyak gol yang boleh.
"Saya berharap, tahun hadapan akan menjadi tahun untuk saya, bantu pasukan menang semua perlawanan dan bermain di Liga J1 pada musim 2021," katanya kepada wartawan ketika ditemui di Rumah Rasmi Duta Jepun ke Malaysia di sini pada Khamis.
Terdahulu, Hado Fayyadh mengadakan pertemuan bersama Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.
Oka berkata, penyambungan kontrak Hadi Fayyadh akan membantu meningkatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun.
"Saya gembira untuk bertemu Hadi di kediaman saya ... beliau merupakan pemain bola sepak Malaysia pertama bermain di Liga Professioanl Jepun. Saya gembira untuk mengetahui yang beliau akan terus bermain untuk Fagiano Okayama.
"Saya nantikan aksinya di Jepun, supaya beliau boleh merapatkan lagi hubungan rakyat Jepun-Malaysia," kata Oka kepada pemberita.
Sedar akan kekurangan pemain Malaysia di Liga Professional Jepun, Oka berkata "kami mahukan untuk melihat lebih ramai orang Malaysia di Jepun dalam ada juga jenis bidang ... apa juga sukan. Kami suka lebih ramai orang Malaysia akan datang ke Jepun dan ia akan membuatkan perhubungan antara Malaysia dan Jepun lebih kuat", katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 26 2019

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka (kanan) beramah mesra dengan Hadi Fayyadh. - Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadi Fayyadh teruja sertai penampilan Fagiano Okayama di Liga J2
Bekas penyerang JDT II itu baru-baru ini bersetuju dengan penyambungan kontrak, untuk terus bersama Fagiano Okayama sehingga Disember 2020.