Pasukan Great Britain menjulang Piala Sultan Azlan Shah selepas menewaskan juara bertahan Australia 4-3 di dalam perlawanan akhir yang mendebarkan dan mengujakan di Stadium Azlan Shah di sini malam tadi.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyampaikan trofi kepada pasukan Great Britain yang memenanginya buat kali kedua selepas kali pertama menjulangnya pada tahun 1994.
"Ia adalah saat yang menggembirakan selepas 23 tahun untuk memenangi trofi ini lagi. Ia satu perlawanan yang hebat menentang Australia ... ia adalah pertandingan yang begitu mencabar, kata jurulatih pasukan Derek Forsyth.
Beliau berkata perlawanan pada malam ini penuh dengan penggunaan taktikal dan kekuatan pemain.
Pemain Britain mengejutkan Australia seawal minit kelapan permainan apabila Alan Forsyth menjaringkan satu gol padang dan tiga minit kemudian kapten pasukan, Ian Sloan menjaringkan gol kedua menerusi pukulan sudut penalti.
Juara bertahan Australia yang menyasarkan untuk menjadi juara buat kali ke-10 merapatkan jurang jaringan pada suku ketiga permainan apabila Eddie Ockenden menjaringkan gol pada minit ke-28 tetapi tidak lama kemudian Britain terus mendahului menerusi gol padang Ollie Willars pada minit ke-33.
Pasukan Australia menjaringkan gol kedua mereka seminit kemudian menerusi pukulan Joshua Pollard tetapi David Goodfield melebarkan jaringan untuk Britain mendahului 4-2 pada minit ke-43.
Bagaimanapun, Australia berjaya merapatkan defisit gol kepada 3-4 apabila Dylan Wotherspoon
menjaringkan gol untuk pasukannya pada minit ke-48.
Terdahulu dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, Juara Asia India menumpaskan New Zealand 4-0.
Dalam dua suku pertama permainan , India memperoleh gol menerusi Rupinder Pal Singh yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-17 dan ke-27 dan selepas waktu rehat, Sunil Sowmarpet menjaringkan gol padang pada minit ke-48.
India mendapat gol keempatnya 47 saat sebelum wisel ditiup hasil jaringan Talwinder Singh.
Senarai Anugerah:
Juara : Great Britain
Naib Juara : Australia
Pemain Terbaik : Tom Craig (Australia)
Anugerah Permainan Bersih (Piala Raja Ashman): New Zealand
Penjaring Terbanyak: Tom Craig (Australia), Trent Mitton (Australia) dan Mandeep Singh (India) - masing-masing lima gol
Penjaga Gol Terbaik: Suguru Shimmoto (Jepun)
Pemain Terbaik (Final): Alan Forsyth (Great Britain)
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
![Great Britain kejutkan juara bertahan Piala Sultan Azlan Shah Great Britain kejutkan juara bertahan Piala Sultan Azlan Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494115283_HokiIpoh.jpg)
Pasukan Great Britain meraikan kejayaan mereka selepas menjuarai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017 malam tadi. - Foto Bernama
![Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721891818_ParisOlympics.jpg)
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
![Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
Rakyat Palestin berlindung di bekas penjara
Selepas berbulan-bulan serangan tentera Israel di Gaza tanpa henti, puluhan ribu rakyat Palestin terhimpit dengan isu kemanusiaan paling dahsyat yang mana mereka menjadi pelarian di tanah kelahiran mereka sendiri.
Barack Obama, isteri sokong penuh Kamala Harris
Barack Obama berkata, beliau dan isterinya yakin Harris akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang hebat.
Polis Sepanyol rampas 4 tan kokain di pelabuhan Barcelona
Sepanyol merampas empat tan kokain yang disembunyikan dalam guni beras di Barcelona pada Jumaat.
Kesedaran tentang anti diskriminasi perlu ditingkatkan di IPT
Kesedaran tentang anti diskriminasi terhadap pesakit HIV dan AIDS perlu dipergiatkan di peringkat institusi pendidikan tinggi bagi mengurangkan stigma.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi pada Sabtu
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung pada Sabtu malam.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dari tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur dalam operasi baru-baru ini
Keluhan pengusaha bas kilang akan dibawa ke kabinet: Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini ke Kabinet.
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak RM570 juta penalti dikenakan terhadap semua syarikat yang didapati bersalah.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719197623_WEFChina.jpg)
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
![Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715682799_tbSheikhMohamedAbd.jpg)
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
![Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713077054_drones.jpg)
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
![MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711155448_MITEC.jpg)
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
![Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704798959_Pelaburasing.jpg)
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
![Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71625009022_Interpol.jpg)
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
![Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700696944_GOLDMANSACHS.jpg)
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
![Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026 Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699928798_Australia.jpg)
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
![Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028 Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697457715_SSivasangari.jpg)
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.