Bagi menggalakkan lebih ramai peminat menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) secara langsung, Sepang International Circuit (SIC) kini menawarkan tiket Grand Prix F1 Malaysia pada harga yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.
Harga tiket terbabit yang dijual bermula hari ini sehingga hari perlumbaan pada 29 Sept hingga 1 Okt depan adalah yang terendah setakat ini, selain diskaun khas untuk rakyat Malaysia sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka selama ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Razlan Razali.
"Pada tahun-tahun sebelum ini, usaha untuk mengekalkan jumlah penonton yang tinggi kadangkala mencabar, justeru kami berharap struktur harga baharu ini akan membolehkan peminat menonton perlumbaan secara langsung di litar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Seperti pada 2016, perlumbaan kali ini dijadualkan menghampiri penghujung musim sebagai perlumbaan ke-15 dalam kalendar 20 perlumbaan, menyusuli Grand Prix Singapura.
Perlumbaan ini merupakan acara kebanggaan negara sejak ia diadakan pertama kali pada 1999, membantu mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai venue acara-acara sukan antarabangsa utama dan destinasi pelancongan.
Menurut kenyataan itu harga standard tiket bagi Grand Prix F1 Malaysia 2017 bermula dari RM58.68 untuk Hillstand K2 hingga RM613.68 bagi Main Grandstand, menjadikan harga tiket perlumbaan kali ini sebagai paling berpatutan di dunia.
Bagi Main Grandstand, F Grandstand dan K1 Grandstand, tiket ditawarkan tanpa nombor tempat duduk berasaskan konsep siapa datang dahulu, sekali gus membolehkan penonton bergerak dalam kawasan berkenaan pada hujung minggu perlumbaan.
Buat pertama kali juga rakyat Malaysia akan menikmati harga kadar rata untuk Main Grandstand pada RM336.18 manakala bagi F Grandstand dan K1 Grandstand masing-masing pada RM169.68 dan RM225.18.
Tiket bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah diberikan diskaun 50 peratus daripada harga tiket dewasa manakala bagi kanak-kanak bawah usia tujuh tahun mungkin dibenarkan masuk secara percuma namun mereka tidak akan disediakan tempat duduk jika tiada tiket.
Sementara itu, semua peminat kurang upaya boleh membeli tiket khas untuk Main Grandstand pada harga RM308.43.
Pakej baharu untuk Tribune Pasukan Perlumbaan Mercedes, Ferrari dan Red Bull dengan tempat duduk bernombor pula dijual pada harga RM1,335.18 dan semua pemegang tiket ini akan menerima barangan khas pasukan.
Kawasan tribune pasukan Mercedes dan Red Bull terletak di zon tempat duduk Crystal manakala pentas pasukan Ferrari pula di zon Jade yang menyediakan pandangan terbaik untuk menyaksikan aksi-aksi di pit pasukan.
Peminat boleh membeli tiket mereka menerusi www.sepangcircuit.com; atau di Pusat Khidmat Pelanggan di SIC atau menghubungi talian tiket SIC di 03-8778 2222.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017

Harga tiket perlumbaan kali ini sebagai paling berpatutan di dunia. - Gambar fail
[TERKINI] Ismail Sabri selesai beri keterangan hari kelima di ibu pejabat SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan hari kelima di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.

Parlimen Indonesia lulus pindaan undang-undang tentera di tengah protes
Parlimen Indonesia meluluskan pindaan kontroversi terhadap Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI) meskipun berdepan bantahan daripada kumpulan mahasiswa dan organisasi masyarakat sivil.
Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas, situasi dijangka memburuk
Sebanyak 20 buah sekolah di Johor terjejas susulan bencana banjir yang melanda negeri itu melibatkan lima daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

Beberapa jalan terputus hubungan akibat banjir di Sabah - JKR
Beberapa jalan di daerah Beluran, Kudat, Pitas dan Kota Marudu terputus hubungan hari ini akibat bencana banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan malam tadi.
[TERKINI] Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun.

“Cuti, cuti” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 2.51 petang selepas memberi keterangan sekitar 5 jam pada Khamis.

Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah RM47,600
Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.
100,000 mangsa terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Sindiket penipuan dalam talian di sempadan Thailand-Myanmar masih beroperasi dengan kira-kira 100,000 mangsa kekal terperangkap di sebalik operasi besar-besaran dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu.

Azizulhasni buat 'cameo' lagu raya Alif Satar & The Locos!
Datuk Azizulhasni Awang tampil membuat cameo dalam satu video muzik sempena Aidilfitri bersama selebriti sensasi Alif Satar & The Locos.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren
Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara GP F1 Qatar.

F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura.

F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay
Sesi latihan Grand Prix Formula One Singapura tergendala seketika susulan seekor biawak berada di landasan Litar Perlumbaan Marina Bay, hari ini.

F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu
Gabungan cuaca panas, pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.

F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.

Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.

F1: Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Shanghai.

F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.