Penunggang Repsol Honda Team, Dani Pedrosa meneruskan penguasaannya dalam sesi latihan bebas ketiga Grand Prix Motosikal Malaysia 2013, di Litar Sepang di sini hari ini.
Pelumba Sepanyol berusia 28 tahun itu mencatat masa dua minit 0.877 saat, iaitu 0.046 saat lebih pantas daripada rakan senegara Jorge Lorenzo, penunggang pasukan Yamaha Factory Racing.
Rakan sepasukan Lorenzo dan juara dunia enam kali Valentino Rossi pula mencatat masa ketiga terpantas dengan 2:00.970s, iaitu hanya 0.093 saat di belakang pendahulu.
Latihan berlangsung dalam keadaan kering dengan bacaan suhu pada 27 darjah Celcius manakala permukaan litar pula 33 darjah.
Untuk musim tahun ini akan ada sesi latihan keempat bagi kelas MotoGP yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.30 petang ini, manakala sesi kelayakan untuk kelas itu dijadualkan bermula pukul 2.10 petang.
Terdahulu dalam kelas Moto3, pendahulu kejohanan Luis Salom dari Sepanyol yang menunggang untuk pasukan Red Bull KTM Ajo merekodkan masa terpantas dengan 2:13.28s.
Mengekori beliau dengan perbezaan masa 0.495 saat ialah pelumba Jerman Jonas Folger (Mapfre Aspar Team Moto3) dengan catatan 2:13.775s, manakala penunggang pasukan Team Calvo, Maverick Vinales dari Sepanyol yang mencatat 2:13.927s di tempat ketiga.
Penunggang Malaysia bagi kategori itu Muhammad Zulfahmi Khairuddin yang mencatat 2:15.471s berada di tempat ke-15, manakala dua pelumba 'wildcard' Amirul Hafiq Azmi dan Husni Aizat Abdul Malik masing-masing di kedudukan ke-17 dan 34.
Dalam kelas Moto2, pelumba Sepanyol, Esteve Rabat daripada pasukan Tuenti HP 40 mencatat masa terpantas dengan 2:07.707s.
Penunggang 'wildcard' Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan Petronas Raceline Malaysia di tempat ke-17 dengan masa terbaiknya 2:09.529s.
Sesi kelayakan untuk Moto3 akan berlangsung pada pukul 12.35 tengah hari selama 40 minit manakala kelas Moto2 dijadualkan bermula pukul 3.05 petang untuk 45 minit.
Bernama
Sat Oct 12 2013


Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pedrosa rakam masa terpantas sesi latihan bebas
Pelumba Sepanyol berusia 29 tahun itu mencatat masa dua minit 1.379 saat, semasa sesi latihan bebas pertama atas trek kering.

GP Motosikal M'sia: Pedrosa teruskan dominasi sesi latihan ketiga
Pelumba Sepanyol berusia 28 tahun itu mencatat masa dua minit 0.877 saat, iaitu 0.046 saat lebih pantas daripada rakan senegara Jorge Lorenzo.
Pedrosa muncul juara MotoGP Malaysia
Penunggang dari Spanyol, Dani Pedrosa memenangi kejuaraan MotoGP selepas mencatat masa 29 minit 29.049 saat pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 berlangsung di Sepang Ahad.