SEPANG: Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP Fabio Quartararo melaungkan amaran dalam usahanya mempertahankan kejuaraan dunia menjelang perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.
Ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Francesco Bagnaia dari Team Ducati Lenovo, Quartararo berkata beliau akan mengharungi perlumbaan kali ini dengan cara berbeza dan mengambil sedikit risiko dalam penetapan jentera, selain mengakui tidak berada dalam tekanan bagi membantunya dalam perlumbaan nanti.
Malah, pelumba kelahiran Perancis berusia 23 tahun itu mengakui telah melupakan kekecewaannya selepas gagal menamatkan perlumbaan pada GP Australia, minggu lepas.
"Saya kurang menghayati perlumbaan minggu lepas, tapi kali ini saya berada dalam keadaan yang baik...saya hanya perlu meletakkan diri saya pada keadaan terbaik. Saya akan pastikan MotoGP kali ini dalam mood yang berlainan.
"Pada ketika ini, saya dapat rasakan yang saya tidak rugi apa-apa... Ini adalah antara trek kegemaran dan saya akan berikan yang terbaik terutamanya pada pusingan kelayakan," katanya pada sidang media praperlumbaan semalam.
Menjelang perlumbaan di Sepang, Quartararo kini mengumpul 219 mata, 14 mata di belakang pendahulu Bagnaia (233 mata) manakala Aleix Espargaro dari Aprilia Racing pula di tempat ketiga dengan 206 mata.
Bagnaia atau lebih dikenali dengan panggilan Pecco kemungkinan dinobatkan sebagai juara dunia pada GP Malaysia jika beliau berjaya mendahului sekurang-kurangnya 25 mata.
"Sudah tentu ada tekanan, pada ketika ini saya gembira tapi perlu selesaikan tugas dan fokus saya adalah itu (tugas)," katanya.
Pada masa sama, Espargaro sudah bersiap sedia untuk penampilan GP ke-300 di Sepang.
"Saya gembira dan sangat bangga kerana berlumba dalam kejuaraan MotoGP adalah impian setiap kanak-kanak tapi untuk kekal lama dalam kerjaya ini adalah lebih sukar. Penampilan ke-300 adalah suatu yang sukar dipercayai, mudah-mudahan saya dapat jadikan ia sesuatu untuk diingati di Malaysia," kata pelumba Sepanyol berusia 33 tahun itu.
Beliau berkata misinya adalah untuk menghalang Bagnaia daripada terus mendominasi perlumbaan, bagaimanapun mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
"Pastinya sesuatu yang sukar kerana apa dipamerkan terutamanya pada bahagian kedua kejuaraan adalah menakjubkan, tapi saya akan buat yang terbaik...dan sedikit agresif pada hari perlumbaan," katanya.
GP Malaysia yang kembali ke Litar Sepang selepas dua tahun dibatalkan susulan pandemik COVID-19 akan membuka tirai dengan sesi latihan bebas esok, diikuti sesi kelayakan pada Sabtu dan hari perlumbaan pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Fabio Quartararo pada sidang media MotoGP 2022, di Litar Antarabangsa Sepang, 20 Okt 2022. --BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.

Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin
Pada penampilan terakhir kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, Hafizh menamatkan saingan GP Malaysia 2019 di tempat ke-16.